BAGI memeriahkan sambutan Diwali pada tahun ini, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur menyajikan kulinari unik yang dibawakan khas daripada pakar masakan terkenal India.

Kolaboratif strategik jangka masa panjang bersama Oberoi Hotel and Resorts Group itu membawakan air tangan Cef Rajiv Vatsyayan bersama Brigade de Cuisine bertemakan ‘Masakan Serantau India’.

Penulis yang dipelawa ke Majlis Media Reviu Masakan Serantau India semalam teruja melihat lebih 50 barisan makanan dan minuman yang disediakan khas menggunakan rempah-ratus original dari negara republik di Asia Selatan itu.

Paling menonjol, Sikandari Khusk Raan. Ia antara menu utama yang wajib dicuba kerana membawakan rasa sensasi pada paha kambing yang dimasak dengan cara tersendiri.

Diwali

Berkongsi cara penyediaan sajian tersebut, Cef Rajiv berkata, bahagian paha kambing segar tersebut diperap dengan campuran rempah-ratus terpilih dengan stail masakan istimewa, dumphukht.

“Proses dumphukht membawa maksud dimasak stim di dalam bekas khas. Cara tersebut membolehkan daging yang dimasak secara perlahan di dalam bekas periuk yang ditutup rapat untuk tempoh masa yang lama.

Diwali

“Apa yang membuatkan daging ini lebih enak apabila ia akan dilapisi dengan sayur jenis berakar dan ketulan lemak daging. Kemudian, rempah kayu manis menjadi kunci utama dalam penyediaan masakan istimewa ini,” katanya yang percaya kaedah itu dibawa ketika pemerintahan empayar Mogul.

Antara sajian lain yang disediakan kepada pengunjung seperti Tandoori Champein dan Meen Moilee.

Diwali

Untuk resipi kompleks Tandoori Champein, kata Cef Rajiv, menu daging kambing yang diperap semalaman dengan rempah wajib seperti bunga cengkih, pelaga hitam dan halba. Kemudian, dimasak secara perlahan di dalam ketuhar tandoori.

Baca juga Tip serikan kediaman warna Deepavali, pemilihan tona warna yang tepat mampu menghasilkan ruang kediaman yang sangat wow

Diwali

“Untuk Meen Moilee pula, anda perlu cuba kerana hidangan ikan yang dibawa khas daripada pantai Selatan India ini dimasak berasaskan santan menggunakan biji sawi, halia, halba dan kunyit dengan ramuan kari.

“Banyak lagi hidangan istimewa yang disediakan dan paling penting, semuanya dijamin halal,” katanya yang berpengalaman selama 16 tahun dalam industri kulinari bersama Hotel Oberoi.

Diwali

Kreatif menghasilkan resipi inovatif, Cef Rajiv juga turut menerima pelbagai anugerah termasuk pengiktirafan cemerlang dalam masakan India moden dan digelar sebagai Cef Restoran Pantai India Terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.

Orang ramai dijemput untuk menikmati sajian Masakan Serantau India yang disediakan pada harga bermula RM188+ (seorang) untuk makan tengah hari dan RM228+ (seorang) untuk makan malam atau Brunch Ahad.

Baca juga [VIDEO] Kecoh habis kat dapur lawan siapa lagi ‘power’, Petronas tampil animasi Vattam ajar cara buat murukku

Iklan

Diwali

Diwali

Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur juga menawarkan pilihan menginap dan makan malam.

Antaranya pakej penginapan satu malam di Bilik Deluxe Park View, makan malam bufet Masakan Serantau India di Restoran Mosaic beserta sarapan percuma untuk dua orang.

Diwali

Diwali

Iklan

Diwali

Diwali

Kempen Masakan Serantau India bakal berakhir pada Isnin nanti. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mandarinoriental.com/en/kuala-lumpur/petronas-tower.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi