TEKNIK memanggang ayam di dalam tempayan atau pasu memang tidak asing lagi dan bukan suatu yang luar biasa.

Namun, bagi membikin kelainan, dua sahabat, Hisham Abdul Hamid dan Muhammad Khairun Nur Rashid telah mengolah teknik pembakaran dengan menggunakan arang kayu bakau yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pengusaha.

Kata Hisham, tidak ramai sebenarnya yang mengetahui bahawa arang jenis itu membangkitkan lebih aroma yang tersendiri dan membuatkan sajian ayam tempayan sentuhannya bukan biasa-biasa.

Tidak bergantung kepada itu sahaja, pengasas Ayam Tempayan Serkam yang terletak di Serkam, Melaka turut mengambil berat soal pemilihan tempayan.

ayam tempayan

“Saya telah mengubah suai saiz (tempayan) yang berukuran 0.6 meter (m) lebar dan 0.75m tinggi bagi memastikan 13 ekor ayam dapat dipanggang serentak dan sempurna. Prinsip saya, ayam mesti garing di luar dan lembut di dalam.

“Tempoh untuk memasak semua sajian ini mengambil masa lebih empat jam lamanya.

Baca juga Tak kedekut ramuan, bubuh ikan kembung, ramuan segar buatkan Laksa Lemak Thai Cik Hawa laku keras

“Seperti yang saya katakan tadi, jenis arang yang digunakan juga penting dan itu sebab saya pakai arang kayu bakau yang mempunyai ‘aroma’ asapnya yang lebih wangi,” kata bapa kepada dua anak itu.

ayam tempayan

Pada masa sama, Hisham turut mengakui, antara faktor Ayam Tempayan Serkam terus mendapat tempat dalam kalangan pelanggan adalah disebabkan perapan rempah ratus yang digunakan.

“Selain serai, bawang putih, campuran herba terpilih dan pelbagai jenis kicap digunakan, gula melaka merupakan salah satu rahsia yang membuatkan rasa hidangan kami lebih menyelerakan.

Baca juga Sekali makan nasi ganja memang ketagih. Sambal kelapa resipi orang Melaka ini memang lain macam

“Satu lagi yang saya boleh kongsikan adalah penggunaan daun limau purut dan minyak bijan. Nak tahu bagaimana paduan rasanya, kenalah cuba dulu,” kata pengusaha berusia 43 tahun itu yang sudah membuka beberapa cawangan di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

ayam tempayan

Dalam sehari, premis berkenaan mampu menjual 90 ekor ayam segar yang diperoleh dari Pertubuhan Peladang Merlimau.

“Apa yang pasti, prosedur pemprosesan ayam dijamin halal dan saya memilih saiz jumbo dengan berat anggaran 1.6 hingga 1.7 kilogram (kg) selain saiz ayam biasa seberat 1.3 hingga 1.45kg sahaja,” katanya.

Baca juga Penangan Nasi Tupe Cik Tipah. Lepas Subuh ramai dah mula beratur nak makan

Buat pelanggan yang ingin mencuba kulinari menyelerakan itu, Hisham menasihatkan supaya membuat tempahan sehari lebih awal sebelum berkunjung ke gerai berhampiran bagi mengelak kempunan.

“Ramai yang datang kadang-kadang tidak dapat beli kerana semuanya habis terjual. Sebab itu, saya selalu buka tempahan secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai dan tak mahu lebih ramai kecewa,” ujar anak jati Johor itu yang sentiasa mengemas kini pesanan di platform media sosialnya.

ayam tempayan

Ayam Tempayan Serkam

  • Alamat: Melaka (Serkam, Pokok Mangga dan Bertam Ulu), Negeri Sembilan (Seremban), Selangor (Shah Alam)
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 3 petang
  • Menu signatur: Ayam tempayan
  • Harga: RM27 hingga RM30
  • Facebook: Ayam Tempayan Serkam

ayam tempayan

Ayam yang dimasak dalam tempayan sudah menjadi trend sejak beberapa tahun lalu.

Namun, mahu mencari yang sedap dan kena dengan selera, perlu banyak eksplorasi ke sana dan ke sini.

Baca juga Aiskrim gula apong olahan anak jati Sarawak berjaya pikat selera pelanggan Semenanjung Malaysia

Jika Ayam Tempayan Serkam berjaya memikat hati pengunjung di Melaka, terdapat beberapa lokasi lain yang menyajikan sajian sama dengan rasa tersendiri.

Berikut empat destinasi yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus jika berada di kawasan berhampiran.

ayam tempayan

Nasir Ayam Tempayan

  • Alamat: Simpang Jalan Taman Sejahtera, Lunas, Kedah
  • Waktu operasi: Bermula jam 11 pagi sehingga habis
  • Menu signatur: Ayam tempayan
  • Harga: RM20 hingga RM22
  • Facebook: Nasir Ayam Tempayan

ayam tempayan

Ayam Tempayan Ustaz

  • Alamat: Jalan Nuri 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
  • Menu signatur: Nasi ayam tempayan
  • Harga: RM6 hingga RM9
  • Facebook: Nasi Ayam Tempayan Ustaz – Kota Damansara

Jangan lupa follow kami di Instagram!

ayam tempayan

Ayam Madu Tempayan

  • Alamat: Berhadapan Dewan Komuniti Taman Cempaka, Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan
  • Menu signatur: Ayam tempayan
  • Harga: Set nasi (RM6) dan ayam bermula RM13 hingga RM25
  • Facebook: Nur Izzatul Ain

ayam tempayan

Ayam Tempayan JB

  • Kawasan penghantaran: Sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru
  • Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan
  • Menu signatur: Ayam tempayan
  • Harga: RM20
  • Facebook: D’Tempayan Station