SEMUA orang tahu biskut Hup Seng kan. Biskut Hup Seng merupakan antara jenama biskut yang sudah biasa dan terkenal bagi orang ramai. Ada juga yang panggil biskut ini sebagai biskut mayat.

Pelbagai cara kita boleh makan menggunakan biskut ini, sama ada bakar dan juga makan bersama butter atau marjerin tetap akan rasa enak walau dimakan begitu sahaja.

Tapi kali ini , biskut hup seng ini dijadikan sebagai salah satu resipi untuk memasak ayam goreng.

Anda boleh cuba sebab sangat mudah dan memerlukan tiga bahan sahaja.

ayam crunchy

Bahan-bahan:
Boneless chicken
Biskut Hup Seng

(B) Marinate:
Bawang Putih
Halia
Bawang Merah

(C) Seasonings:
Sos Tiram
Chicken Stock Powder
Tapioca Flour
Garam
Telur

ayam crunchy

Cara-cara memasak:

1. Kisar kesemua bahan bahan B dan kemudian campurkan bersama bahan bahan C

Iklan

2. Potong bahagian ayam kepada saiz medium dan campurkan ayam bersama bahan bahan yang sudah dikisar, masukkan ayam ke dalam peti sejuk selama 2 jam untuk perapan.

3. Hancurkan biskut hup seng hingga menjadi fine powder. Gaulkan ayam yang itu bersama biskut yang telah dihancurkan kemudian goreng sehingga berwarna keemasan

4. siap!

Iklan

Selamat Mencuba!

Sumber: Johor Foodie
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif