VIRAL kegilaan masyarakat Malaysia terhadap Korea tidak hanya pada muzik, drama, filem dan budaya sahaja, malah segala kulinari dari negara terbabit turut digemari.

Buktinya, di pusat beli-belah di negara ini, restoran-restoran dengan pelbagai label makanan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Daripada kimchi hinggalah kepada variasi mi, sup, snek dan banyak sajian lagi.

Namun, paling trend pastilah ayam goreng Korea yang disaluti dengan sos pedas manis atau madu.

Baru-baru ini, SinarPlus menjengah satu premis yang menyediakan menu lazat itu, EID Authentic Korean Cuisine yang dibuka pada tahun 2016.

ayam goreng korea

Pemiliknya, Nadia Han berkata, pihaknya menjual pelbagai pilihan termasuk ayam segar tanpa tulang dengan resipi asli istimewa keluarganya.

Beliau yang mengusahakan label itu bersama suaminya, Saad Yusuf yang kedua-duanya merupakan pasangan mualaf dari Korea berkata, kebanyakan ramuan rempah untuk untuk membuat sos diimport dari negara kelahirannya, Korea Selatan.

“Untuk menghasilkan sos Yangnyeom iaitu gabungan sos Gochujang, kicap masin, pemanis sirap dan serbuk cili, semuanya (bahan) diperoleh dari negara kelahiran kami, Korea.

“Saya dan suami mahu kekalkan rasa premium dan asli sama seperti di premis makanan kami di Itaewon, Seoul dengan label sama iaitu EID Authentic Korean Cuisine yang ada pensijilan halal di Korea sejak tahun 2014,” katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Ujar Nadia atau nama Koreanya, Han Narae, ayam gorengnya yang dibaluti sos Yangnyeom ideal untuk dinikmati oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak kerana tidaklah terlalu pedas.

ayam goreng korea

Selain menu ayam goreng, EID Authentic Korean Cuisine juga menawarkan daging bulgogi, stu kimchi, cheesy corndog dan tteokbokki.

Pun begitu, tidak seperti di Itaewon, pasangan mualaf yang berusia 29 tahun itu hanya memfokuskan beberapa menu yang sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.

“Kami mengetahui selera orang Malaysia kerana ramai pelancong Muslim terutamanya dari Malaysia datang ke restoran kami di Itaewon.

“Alhamdulillah berkat doa dan sokongan pelanggan dan  permintaan tinggi, kami memilih Malaysia untuk meluaskan perniagaan dan membuka francais di sini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

ayam goreng korea

Dalam pada itu, memandangkan wabak Covid-19 yang semakin mengganas di Malaysia, EID Authentic Korean Cuisine telah memendekkan operasi iaitu dari jam 12 tengah hari hingga jam 9 malam sahaja.

Bagi merancakkan jualan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Nadia berkata, mereka memperkenalkan set istimewa, Cheer Up Box.

“Pelanggan boleh menikmati hidangan 24 ketul ayam goreng (perisa Yangnyeom dan sos madu) pada harga hanya RM60 sahaja yang disertakan dengan satu set tteokbokki dan bebola nasi kimchi percuma,” katanya.

ayam goreng korea

Iklan

EID Authentic Korean Cuisine

  • Alamat: 8-19-01 , Jalan Medan Pusat Bandar,7A Bangi Sentral, Selangor
  • Cawangan: Shah Alam, Damansara, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan.
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 9 malam (tempoh PKPB)
  • Menu signatur: Ayam goreng Yangnyeom, ayam goreng madu dan bulgogi
  • Harga: Bermula RM9.90 hingga RM22.90
  • Facebook: EID Authentic Korean Cuisine
  • Instagram: @eid.korea.my

Menikmati juadah ayam goreng Korea dalam norma baharu mungkin dapat mengubati rindu atau impian bagi mereka yang terpaksa membatalkan percutian ke Korea Selatan yang dirancang dek kerana sekatan rentas negara akibat Covid-19.

Selain di EID Authentic Korean Cuisine, berikut empat destinasi yang tidak kurang hebatnya yang menawarkan sajian ayam goreng Korea. Mahu bungkus atau tempah menerusi penghantaran terus ke rumah pun boleh.

ayam goreng korea

Laura Medina Cafe

  • Alamat: 34, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam, Selangor
  • Menu signatur: Set Ayam Korea Seoul
  • Harga: Bermula RM9.90 hingga RM69.90
  • Facebook: Laura Medina Cafe
  • Instagram: @lauramedinacafe
  • Website: lauramedinacafe.beepit.com

ayam goreng korea

MJ Ayam Korea

Iklan
  • Alamat: Kampung Kepong, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Menu signatur: MJ Ayam Korea dan MJ Ayam Cheese
  • Harga: Bermula RM5 hingga RM10
  • Facebook: MJ Ayam Korea
  • Instagram: @ayamkoreaMJ

ayam goreng korea

Ojju K-Food

  • Alamat: Level 4 NU Sentral Shopping Centre, Kuala Lumpur
  • Menu signatur: Hot & Spicy Chicken
  • Harga: Bermula RM17.90
  • Facebook: Ojju Malaysia
  • Instagram: @OjjuMalaysia

ayam goreng korea

Everlyn K-Food

  • Alamat: Kampung Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan
  • Menu signatur: Korean Teriyaki Chicken dan Korean Spicy Chicken
  • Harga: Bermula RM12 hingga RM25
  • Facebook: Everlyn K-Food
  • Instagram: @everlynkfood