Bebola kentang dengan ‘cheese tarik’ memang bikin terliur. 1 adunan boleh hasilkan 35 biji bebola, memang terbaik!

BAGI wanita yang sibuk bekerja, sudah tentu anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan hidangan sampingan untuk keluarga.

Mungkin anda hanya sempat masak nasi goreng atau mungkin mi segera sahaja.

Tak perlu risau kerana SinarPlus akan bantu kalian untuk membeli jiwa anak-anak dengan mencuba resipi bebola kentang berkeju.

Jika melihat hasil akhir bebola kentang dengan ‘keju tarik’ pasti membuatkan kalian kecur air liur dan mahu masak dengan segera.

Bukan kalian sahaja yang terliur, penulis juga turut merasakan perkara yang sama saat menulis artikel ini.

Kredit foto: Pexels

Tiba-tiba rasa tak sabar mahu ke kedai untuk mencari ramuan yang diperlukan.

Lagipun bahan-bahan nak masak senang nak cari dan murah.

Sebelum SinarPlus berkongsi resipi, alangkah baiknya kami terlebih dulu kita mengucapkan terima kasih kepada pengguna media sosial, Jamiah Omar, kerana sudi berkongsi cara pembikinan bebola kentang berkeju di laman Facebook miliknya.

Berikut bahan-bahan dan cara memasak:

– 8 biji kentang anggaran 700 gram (BELI DI SINI)
Garam (BELI DI SINI)
– Serbuk lada sulah (BELI DI SINI)
– ¾ cawan tepung jagung (BELI DI SINI)
– 1½ cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
Keju mozzarella (BELI DI SINI)
Serbuk roti (BELI DI SINI)
Telur (BELI DI SINI)
Tepung goreng bestari (BELI DI SINI)

Cara penyediaan:
1. Potong keju mozzarella dalam bentuk dadu.
2. Panaskan periuk yang diisi dengan air kemudian, rebus kentang sehingga empuk.
3. Setelah kentang empuk, lenyek kentang. Seterusnya tambah garam dan lada sulah mengikut cita rasa masing-masing.
3. Kemudian, masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli bancuhan sehingga menjadi doh.
4. Bulat-bulatkan doh dan isikan dengan kiub keju mozzarella.
5. Langkah seterusnya, salut bebola kentang keju dengan tepung bestari, kemudian celup ke dalam telur dan diikuti dengan serbuk roti.
6. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng bebola kentang itu sehingga ia bertukar menjadi warna keemasan.
7. Angkat dan toskan. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Iklan

Pada akhir perkongsian, Jamiah berkata, resipi yang dikongsikan itu boleh menghasilkan sebanyak 35 biji bebola.

Sekiranya orang ramai mahu masak dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan sukatan tersebut.

Jadi, apa tunggu lagi jom cuba!

Iklan

Baca juga: Jom masak Kentang Varuval sempena meriahkan sambutan Deepavali. Semua bahan ada di dapur

Baca juga: Tak sampai RM10, resipi Cendawan Enoki Telur Masin boleh dimasak dalam porsi besar. Wajib cuba

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi