MALAM ini, kita akan memulakan bertarawih dan itu bermakna, pada hari esoknya kita akan berpuasa.

Haa…macam mana persiapan kalian? Sudah mula mencari menu untuk dimasak selama 30 hari atau masih ketandusan idea?

Kalau belum, apa kata jadikan resipi Talapia Masak Pedas Thai dalam senarai menu berbuka anda.

Baca juga Tak cukup segelas, resipi air Laici Coconut Jelly memang menyegarkan!

Sebelum itu, terima kasih buat Tengku Roselyza Raja Muhammad yang berkongsikan masakan ala Thai itu dalam entri beliau di laman Facebook.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan untuk membuat hidangan itu.

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan talapia
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar pes cili thai
5 ulas bawang putih
7-8 biji cili padi hijau
1 biji cili merah
Sedikit garam
Sedikit gula
1 cawan air
Daun limau purut
Halia
Sos ikan
Jus perahan limau
1 sudu minyak zaitun

Cara penyediaan:

Iklan

1. Salutkan ikan talapia dengan kunyit dan garam. Kemudian, goreng menggunakan minyak yang cukup sehingga garing.
2. Kemudian, cincang halus bawang putih, cili merah, cili padi dah halia. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, pes cili thai dan sedikit sos cili thai ke dalam tumisan tadi.
4. Tambahkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
5. Seterusnya, masukkan jus perahan limau, sos ikan dan daun limau purut. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat.
6. Kemudian, masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Siap! Curahkan ke atas ikan.

Perghh! Resipi kali ini memang membangkitkan selera. Hidang pula bersama tomyam pedas dan telur dadar memang bertambah-tambah pinggan nasi.

Pun begitu, SinarPlus nasihatkan makan secara bersederhana ya ketika berbuka supaya badan ringan untuk melaksanakan solat Maghrib dan solat tarawih.

Iklan

Selamat menyambut bulan Ramadan daripada kami tim SinarPlus!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI