MASAK apa paling mudah? Jawapan pastinya menu telur. Tetapi jika setiap hari makan telur goreng, telur rebus, telur dadar, agak membosankan juga bukan?

Untuk itu, Sinar Plus kongsikan tiga lagi resipi unik daripada telur. Selamat mencuba!

  1. Telur dadar pizza

Bahan-bahan:

4 biji telur

1 sudu tepung beras

1 sudu garam

2 biji bawang merah (hiris nipis)

2 keping daun limau (hiris nipis)

1 lobak merah

1 sosej

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

telur dadar pizza

Cara memasak:

  1. Campurkan semua bahan, kacau sehingga rata.
  2. Panaskan minyak pada kuali dengan api kecil. Tuangkan adunan telur dan ratakan. Masak dengan api yang kecil.
  3. Taburkan sosej di atas telur.
  4. Tunggu sehingga ia betul-betul dimasak. Selepas itu barulah boleh nikmatinya.

omelet cendawan

  1. Omelet Cendawan

Bahan-bahan:

1 biji bawang merah (hiris)

Keju yang telah dihiris

8 biji telur

1/2 sudu garam

1 biji lada benggala merah (potong)

6 biji tomato ceri (cincang)

3 batang daun bawang (hiris nipis)

Iklan

6 biji cendawan (potong)

Cara memasak:

  1. Gaulkan telur dengan garam.
  2. Tumis lada benggala, bawang merah dan cendawan sehingga sedikit layu. Kemudian, ketepikan bahan yang telah ditumis.
  3. Panaskan minyak secukupnya, masukkan telur. Selepas itu, masukkan semula bahan menumis tadi di atas telur.
  4. Tunggu sehingga telur dadar separuh masak, lalu tambahkan keju yang telah dihiris di atas telur. Lipat jadi dua bahagian.

telur crispy

  1. Telur Crispy

Bahan-bahan:

1 biji bawang putih (hiris)

1 batang daun bawang (hiris)

2 biji telur

Iklan

Minyak masak

Serbuk perisa

Lada

Garam sekup rasa

Cara memasak:

  1. Pecahkan telur. Kemudian masukkan bawang putih yang telah dihiris,serbuk perisa dan lain- lain.
  2. Gaul sehingga rata.
  3. Panaskan minyak yang banyak.
  4. Masukkan campuran telur ke dalam kuali sambil gaul.
  5. Goreng sehingga warna keemasan dan sedia untuk dimakan.

Sumber: Brilio.net

PENULIS: NURUL ADRIANA AMIR