SELAIN daripada bebola ayam, bebola daging juga merupakan salah satu makanan kegemaran anak-anak.

Boleh dikatakan setiap kali pergi ke restoran yang ada menjual hidangan itu, sudah tentu si kecil akan memesan sajian berkenaan.

Sekali-sekala apa salahnya, bukan?

Apa kata pada hujung minggu ini, para ibu ambil peluang dengan menyediakan resipi Bebola Daging Berkeju Dengan Sos Karbonara.

Kredit foto: Tengku Roselyza Raja Muhammad

SinarPlus merujuk perkongsian seorang pengguna sosial media, Facebook, Tengku Roselyza Raja Muhammad yang menyediakan menu itu dengan cara sangat ringkas dan mudah.

Gerenti anak-anak jilat jari menikmati kelazatan rasa lemak berkrim dengan limpahan keju.

Baca juga: Sardin telur bungkus lazat, ibu wajib cuba menu mudah ini

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

Bahan-bahan

Kredit foto: Tengku Roselyza Raja Muhammad

500g bebola daging
1 tin Prego Carbonara Mushroom
1 kotak besar susu segar
Keju mozzarella
6 kepingan keju
Serbuk lada hitam
1 biji lada benggala (dipotong dadu)
1 biji bawang Holland (dihiris kasar)
Serbuk oregano
Minyak jagung

Cara penyediaan:

Kredit foto: Tengku Roselyza Raja Muhammad

1. Panaskan minyak jagung dan goreng bawang bersama bebola daging sehingga masak, kemudian ketepikan sebentar.
2. Masukkan susu, pes Prego Carbonara Mushroom dan sedikit serbuk lada hitam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan bahan yang telah digoreng ke dalam bekas aluminium.
4. Seterusnya, tuang bancuhan sos yang telah dimasak itu ke dalam bekas yang berisi bebola daging.
5. Kemudian, letakkan dua kepingan keju di atasnya dan taburkan keju mozzarella dan oregano.
6. Panaskan ketuhar dan bakar dengan tetapan suhu atas bawah, 180 darjah Celsius.
7. Akhir sekali, siap dan sedia untuk dihidangkan.

Iklan
Kredit foto: Tengku Roselyza Raja Muhammad

Tak susah pun nak masak menu itu, bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati.

Lagi satu, lebih baik masak sendiri, kalau makan di restoran, harganya memang mahal.

Anak-anak pun boleh tambah berkali-kali.

Sudah tentu mereka akan lebih menghargai air tangan ibu kerana sudi menyediakan makanan kegemaran. Selamat mencuba!

Iklan

Baca juga: Gembirakan si kecil dengan masak makaroni goreng bersama taburan keju. Paling senang nak buat

Baca juga: Mudah dan sihat, resipi peanut butter ini menjimatkan, hanya guna satu bahan!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.