HARI yang panas, jom minum air yang menyegarkan. Kali ini Sinar Plus akan kongsikan resipi air soda herbs.

Rasanya masam, manis , segar dan boleh buat dahaga terus hilang. Resipi minuman ini menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat seperti kismis, kurma, lemon, pudina dan banyak lagi!

CARA NAK BUAT AIR SODA HERBS

Bahan-bahan:

1 botol besar air krim soda
1 tin laici (ambil buah sahaja)
2 batang serai (diketuk)
Beberapa helai daun pudina
1 biji lemon dipotong bulat dan nipis
4-6 biji asam boi putih (jumlah terpulang pada cita rasa masing-masing)
Ais secukupnya

Cara-caranya:

1)Cuci terlebih dahulu semua bahan hingga bersih.

2)Potong lemon bulat-bulat dan nipis nipis.

3)Sediakan bekas atau jug yang sesuai.

4)Masukkan daun pudina, lemon yang telah dipotong nipis, asam boi putih, serai yang telah diketuk dan buah laici .

Iklan

5)Kemudian tuangkan air krim soda.

6)Gaul sehingga sebati rasanya.

7)Akhir sekali masukkan ketulan ais jika suka dan minuman. Siap untuk dihidangkan!

Iklan

Lagi enak jika anda buat awal dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang satu jam supaya rasa herbs yang dicampurkan dalam air tadi sebati.

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: encikshino