KALAU sudah muak dengan masakan Melayu, selera kita sekali sekala akan beralih untuk menikmati makanan Barat pula.

Namun, jika tiada bajet lebih, sebaiknya lupakan sahaja hasrat itu.

Bukan apa, sepinggan ayam panggang, kentang putar dan coleslow, harganya sudah mencecah lebih RM20.

Memahami situasi pelanggan yang bukannya semua berwang dan rata-rata dalam golongan B40, seorang pengusaha, Mohammad Fitri Yusup mengambil pendekatan dengan menjual semua sajian Barat pada harga tidak masuk akal!

WERSTERN RM1.90

Pernahkah anda membayar cuma RM1.90 untuk menu seperti chicken chop, chezzy wedges, ayam panggang, bebola daging, kentang goreng dan burger?

SinarPlus yakin memang tiada, bukan? Namun, di Warung Western RM1.90 milik Mohamad Fitri memang harganya sebegitu.

Maka, tidak hairanlah premis yang terletak di Jalan Padang Nyu, Kampung Guar Gajah, Arau, Perlis itu sentiasa penuh dengan pelanggan, malah orang ramai sanggup beratur panjang untuk menunggu giliran masuk.

Baca juga Sambal paru, ikan masin lobak manis jadikan Bubur Nasi Berlauk JimFood lebih ‘terangkat’. Patutlah laku keras…

WERSTERN RM1.90

Menurut usahawan berhati mulia itu, idea bernas berkenaan tercetus ketika gelombang kedua Covid-19 pada Mac tahun lalu.

“Ketika itu saya tercari-cari apakah pendekatan tular yang boleh menarik ramai datang membeli burger yang dijual walaupun ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.

Baca juga Mee Tonggek Udang Galah, Sotong XXL jadi buruan. Resipi tersendiri anak jati Kedah jadi tarikan di Bazar Ramadan Putrajaya

“Satu perkara yang saya kena ingat, ketika PKP ramai orang kesempitan wang kerana hilang kerja atau ‘dicutikan’. Bermula dari detik itu, saya terfikir untuk menjual makanan Barat pada harga mampu milik supaya semua orang boleh merasainya,” kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

WERSTERN RM1.90

Menyambung cerita, Mohamad Fitri, 31, berkata, meskipun harga menunya terlalu murah, namun kualiti makanan yang disediakan cukup dititik beratkan.

“Saya bukan jual ala kadar. Ayam, daging dan kambing diperap semalaman dengan ramuan terpilih. Resipi ini saya olah sendiri selepas merujuk daripada media sosial,” katanya yang dibantu oleh 11 pekerja.

Baca juga Nasi ambang enak di Warung Ketupat Air Tangan Ibu, lebih 50 lauk buat ramai rambang mata!

Kepada SinarPlus, Mohammad Fitri berkata, dirinya sangat tersentuh apabila melihat famili berpendapatan rendah datang bersama anak-anak demi menikmati makanan Barat yang selama ini diidamkan.

WERSTERN RM1.90

“Saya faham, bukan semua orang mampu. Jadi, bila datang ke premis saya, mereka dapat menikmati menu yang diinginkan. Jika mahu makan lamb chop pun, harganya cuma RM5.90 dan stik pula hanya RM4.90.

“Pakej hidangan paling mahal saya jual ialah set keluarga bernilai RM17.90,” kongsinya.
Walaupun kos barang mentah semakin meningkat, namun anak jati Perlis itu sedaya upaya mahu mengekalkan harga sama untuk semua 30 menu yang ditawarkan.

WERSTERN RM1.90

Warung Western RM1.90

Iklan
  • Alamat: No 82, Jalan Padang Nyu, Kampung Guar Gajah, Arau, Perlis
  • Waktu operasi: 5 petang hingga 11 malam
  • Menu signatur: Lamb chop dan chicken chop
  • Harga: Bermula RM1 hingga RM17.90
  • Facebook: Warung Western RM1.90
  • Instagram: @warong_western

WERSTERN RM1.90

Menjual makanan pada harga tidak masuk akal dan jauh lebih murah, memang satu tindakan berani.

Apatah lagi bukan semua pengusaha mampu dan berupaya bertahan untuk tempoh masa yang panjang. Namun, nampaknya idea luar biasa itu berjaya direalisasikan.

Selain Warung Western RM1.90, SinarPlus percaya masih ramai lagi pengusaha makanan berhati mulia di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang menyajikan menu mampu milik kepada pelanggan.

Berikut terdapat empat lagi premis yang menawarkan makanan pada harga bawah RM2 yang boleh dikunjungi jika berada di kawasan berhampiran.

RM1.90

Nasi Ayam RM1.90

Iklan
  • Alamat: Lot 4019 , Kampung Kubang Palas, Banggul Binjal, Kelantan
  • Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 10 malam
  • Menu signatur: Nasi ayam
  • Harga: RM1.90
  • Facebook: Nasi Ayam RM1.90 Bukit Marak

WERSTERN RM1.90

Eat & Repeat

  • Alamat: YG24, Jalan Plumbum Y 7/Y, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam
  • Menu signatur: Nasi ayam kunyit, laksa penang dan aiskrim brownies
  • Harga: RM1.90
  • Facebook: Eat & Repeat Cafe Shah Alam

WERSTERN RM1.90

Chicken Chop RM2

  • Alamat: NO1136, Mukim 17, Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam
  • Menu signatur: Nasi goreng, chicken chop dan crispy chicken burger
  • Harga: RM2
  • Facebook: Pantas Cafe & Bakery
  • Instagram: @pantascafe

WERSTERN RM1.90

Kedai Makan RM2

  • Alamat: No 10 Uni Sentral, Jalan Taman Universiti KM8 Jalan Tapah Road, Tapah, Perak
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 9 malam
  • Menu signatur: Nasi ayam
  • Harga: RM2.20
  • Facebook: KEDAI MAKAN RM2

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI