BOSAN dengan menu sama setiap hari sehingga sudah hilang idea untuk juadah unik dan rare? Boleh cuba Seafood Tomyum Quiche.

Adakah anda pernah dengar nama menu yang agak ‘mewah’ intinya dan menyelerakan ini?

Nah! Resepi yang dikongsikan Fahmy Zahid ternyata menarik perhatian lebih-lebih lagi dengan sekor udang di dalam bekas itu.

Dengar cerita menu ini antara yang paling laris di pasaran. Mahu cuba buat di rumah? Boleh try resipi yang dikongsikan daripada sifunya, Dessert Queen.

Bahan untuk doh pastry:

  • 220 gram tepung gandum
  • 125 gram mentega sejuk, didadu kecil
  • 1 sudu besar gula aising
  • Garam secukup rasa
  • Satu biji telur, dipukul
  • 1 sudu teh herba campur

Caranya:

Iklan
  • Campur semua bahan dan buat seperti kulit tart
    Bakar suhu 160 darjah selsius hingga bakar separuh masak.
  • Keluarkan pastry dan sejukkan.

Bahan untuk inti:

  • Bawang besar didadu
  • Udang
  • Kiub tomyam

Bahan C:

Iklan
  • 1 biji telur
  • 150ml whipping cream

Caranya:

  • Tumis bawang, masukkan udang dan kiub tomyam
  • Perasakan dengan garam
  • Masak hingga udang masak dan ketepikan
  • 1 biji telur dan whipping cream kacau rata
  • Amik pastry masukkan inti, kemudian tuang bahan C bakar hingga masak

Selamat Mencuba!