HANYA beberapa hari sahaja lagi bakal menjelang bulan Ramadan, pasti ramai di antara kita sudah memikirkan menu juadah untuk berbuka dan bersahur.

Daging antara menu yang menjadi kegemaran di semua peringkat umur.

Berbicara soal daging, rindunya masakan daging dendeng ibu mahupun nenek yang berada di kampung halaman.

Mengenangkan masakan mereka cukup buat kecur air liur! Kombinasi nasi panas bersama daging dendeng cukup menaikkan selera makan.

Baca juga: Tak Cukup Segelas, Resipi Air Laici Coconut Jelly Memang Menyegarkan!

Pada kali ini, SinarPlus akan kongsikan resipi membuat daging dendeng yang mudah dan sudah semestinya lazat!

BAHAN-BAHAN

1 kilogram daging

4-5 batang serai

4 biji bawang besar

1 inci halia

1 inci lengkuas

3 sudu cili kering kisar

Kicap manis/masin/pekat

Garam

Gula

Gula melaka (pilihan)

Air

 

CARA MEMBUATNYA

Iklan

1. Potong dan cuci daging sehingga bersih.

2. Kisar serai, bawang besar, halia dan lengkuas.

3. Perap daging dengan menggunakan kicap manis, masin dan pekat selama satu jam.

4. Panaskan minyak kemudian tumis cili kering bersama bahan yang telah dikisar.

5. Seterusnya masukkan daging yang telah diperap sehingga sebati.

6. Kemudian masukkan garam, gula dan air.

7. Setelah dimasukkan bahasa perasa, tutup kuali sehingga daging empuk dan kering.

Iklan

8. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Wahida Alya

Baca juga: Harga Barang Makin Naik. Jom Buat Shell Out Sendiri Dengan Cara Paling Mudah

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI