SAJIAN shell out iaitu gabungan variasi hasil laut segar yang dilonggokkan di atas meja bersama ramuan kuah pelbagai rasa berserta sayuran seperti jagung, sayur brokoli dan nasi panas menjadi trend kegemaran ramai kini.

Di Jot Shell In Out yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Johor misalnya, ia mencuri tumpuan kaki makan disebabkan rasa kuahnya yang ‘padu‘ dan lain daripada lain.

Kepada SinarPlus, pemilik restoran berkenaan, Mohd Azmir Bakar berkata, pihaknya menyediakan tiga jenis pilihan kuah untuk hidangan shell out mereka. Ia terdiri daripada perasa asli, butter milk dan lada hitam.

shell out

Pengusaha berusia 35 tahun itu berkata, beliau dan isterinya, Aishah Aris, 35, telah menjalankan ‘eksperimen‘ khas ke atas semua jenis kuah dengan diuji rasa sehingga 14 kali.

“Resipi kuah shell out asli ini memang saya buat betul-betul. Saya melakukan uji rasa banyak kali sampailah kali ke-14, saya yakin ia boleh dijual.

“Ditambah pula dengan hasil laut yang segar, gabungan resipi ini memang tip top,“ katanya yang sanggup berhenti kerja sebagai pemandu teksi demi merealisasikan impian  membuka sebuah kedai makan.

shell out

Sebelum menjual shell out, pasangan suami isteri itu sebelum ini hanya berniaga masakan bergoreng.

Anak kelahiran Kampung Pasir, Johor Bahru itu memberitahu, berdasarkan rekod jualannya, pernah satu ketika, beliau menerima tempahan kira-kira 400 kilogram hasil laut untuk shell out.

“Pada bulan puasa tahun lalu, alhamdulillah memang laris, dalam tempoh tiga jam, semua habis terjual,“ katanya gembira.

Ditanya di mana beliau mendapatkan ikan, udang, sotong, ketam dan hasil makanan laut, Mohd Azmir berkata, beliau membeli daripada nelayan di sekitar Johor Bahru sahaja.

shell out

“Kualiti hasil laut nelayan di sini memang bagus, saya percaya, (kualiti) makanan jika dijaga dengan baik, insya-ALLAH berkat,“ katanya.

Kepada pengunjung yang ingin menempah hidangan tambahan, Jot Shell In Out turut menyediakan ikan bakar dengan sambal yang disukai ramai dalam kalangan pelanggannya.

Jot Shell In Out

  • Alamat: Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn Jaffar, Johor Bahru
  • Waktu operasi: 4 petang hingga 2 pagi
  • Pakej harga: Bermula RM20 hingga RM120
  • Facebook: Jot Shell In Out
  • Instagram: @jotshellinout17

Pilihan sajian shell out sememangnya dicari peminat masakan laut lebih-lebih lagi boleh dimakan beramai-ramai dalam satu hidangan lengkap dengan nasi dan sayur-sayuran segar.

Iklan

Keenakan menu shell out ini bukan sahaja terletak pada kesegaran hasil laut bahkan ramuan kuah yang lazat.

SinarPlus percaya, mesti ramai dalam kalangan pembaca tercari-cari port makan shell out yang sedap, jimat dan selesa untuk menikmati bersama keluarga besar. Bolehlah pertimbangkan empat lokasi makan-makan ini sempena Jom Singgah minggu ini.

TCS SHELL OUCH – TCSO

shell out

  • Alamat: No 30 Ground Floor, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang
  • Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam
  • Pakej harga: RM19.90 hingga RM299
  • Facebook: Tcshellouch – TCSO
  • Instagram: @tcshellouch

SALAZA & SONS

Iklan

shell out

  • Alamat: Kiosk No 1, Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu operasi: 4.30 petang hingga 12 malam
  • Pakej harga: RM35.90 hingga RM69.90
  • Facebook: Salaza&Sons
  • Instagram: @salazansons

RESTORAN RESEPI TIMUR

shell out

  • Alamat: No 9-1, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 1 petang hingga 12 malam (penghantaran terus ke rumah dan siap bungkus sepanjang PKPB)
  • Pakej harga: Harga bermula RM57 hingga RM216
  • Facebook: Resepi Timur

RIVER VIEW ROOFTOP

shell out

  • Alamat: Persimpangan lampu isyarat Kampung Sungai, Bachok, Kelantan
  • Waktu operasi: 4 petang hingga 12.30 malam
  • Pakej harga: Bermula RM25
  • Facebook: RV RoofTop Bachok
  • Instagram: @RVRooftopBachok