MUSIM durian yang sedang rancak ketika ini membuatkan ramai peminat raja buah begitu teruja.

Bukan sahaja durian kampung, malahan pelbagai jenis durian lain seperti udang merah, musang king, D24, pelangi, tembaga dan banyak lagi boleh didapati dengan mudah.

Kini, pembelian juga boleh dilakukan secara online.

durian crepe

Mengambil peluang lambakan buah kegemaran penduduk Malaysia itu, pengasas House of Durian Crepe, Maisarah Mohd Kamil yang mengusahakan bisnes durian crepe menampilkan kelainan berbanding daripada kebiasaan.

Usahawanita yang berusia 32 tahun berkata, beliau menghasilkan pencuci mulut istimewanya dengan membubuh isi durian yang padat, di samping lapisan kulit yang lebih nipis.

Pendekatan Maisarah itu memang berbeza dengan kebanyakan pengusaha lain.

Pendek kata, beliau tidak kisah untuk melabur dalam menghasilkan kudapan yang berkualiti demi memuaskan hati para pelanggan tetapnya.

durian crepe

Berbicara lanjut mengenai keunikan produk lokal buatannya, anak jati Kampung Gajah, Perak itu berkata, beliau sentiasa berusaha mencari resipi yang lebih baik untuk para pelanggan Heero Durian Crepe.

"Saya juga akan memastikan adunan krim yang dibuat tidak muak dimakan apabila digandingkan dengan puri durian D24 yang selalu saya gunakan.

Iklan

"Formula itu akan menjadikan durian crepe sentuhan saya memiliki rasa yang premium, ditambah dengan lapisan crepe yang nipis," katanya yang juga merupakan penggemar tegar raja buah tersebut.

Baca juga Gabungan pulut & kopi, resipi istimewa Gula Melaka Latte dua sahabat baik ini wajib dicuba

Maisarah juga berkata, dirinya bertuah kerana kampungnya di Perak yang merupakan salah satu pengeluar buah tersebut telah membuatkan beliau mudah mendapatkan bekalan.

Beritahu wanita itu lagi, sebelum ini beliau merupakan ejen menjual durian crepe dan pengalaman berkenaan telah digunakannya untuk mengembangkan lagi bisnesnya yang dimulakan pada tahun lalu.

durian crepe

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Sebenarnya sejak empat tahun lalu iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, durian crepe sangat digemari ramai.

"Namun, sejak PKP Mac 2020, permintaan semakin mendapat sambutan. Saya sendiri tak sangka, saya mampu membekalkan kepada 20 tapak bazar pada tahun ini," ujarnya yang memiliki dua cawangan di Kuala Lumpur dan Perak dan turut merancang untuk menambah cawangannya tidak lama lagi.

Baca juga Cantiknya roti jala bentuk bunga dan kek, ibu dan anak ini kreatif hasilkan sajian menawan

Selain durian crepe, Heero Durian Crepe turut menjual durian mille crepe (bentuknya seperti kek lapis) dengan dua saiz berbeza iaitu kecil dan besar.

Berdasarkan trend terkini, Maisarah berkata, kebanyakan para pelanggannya menggemari durian mille crepe untuk menggantikan untuk sambutan hari jadi atau hidangan istimewa untuk ahli keluarga.

durian crepe

Heero Durian Crepe

  • Alamat: Axis Atrium Shopping Mall, Jalan Cempaka, Taman Cempaka, Ampang Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
  • Menu signatur: Durian crepe
  • Harga: RM13 hingga RM43
  • Facebook: House of Durian Crepe HQ
  • Instagram: @houseofduriancrepehq

durian crepe

Kalau menjengah ke laman Instagram dan Facebook, durian crepe dijual oleh pelbagai pengusaha wanita mahupun lelaki yang mahir membuatnya.

Selain Heero Durian Crepe yang popular di platform media sosial, terdapat beberapa lagi usahawan yang menjual pencuci mulut itu.

Kepada anda yang teringin untuk menikmati durian crepe, berikut rekomendasi kami yang boleh dicuba.

durian crepe

Afeeqa Durian Crepe

  • Alamat: PT799, Kawasan Perniagaan Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan dan ejen seluruh negara
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Menu signatur: Durian crepe classic, durian crepe cheese dan family box
  • Harga: RM10 hingga RM38
  • Facebook: Durian Crepe Afeeqa HQ
  • Instagram: @duriancrepeafeeqahq

durian crepe

Rabi Durian Crepe

  • Alamat: Cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Perak
  • Menu signatur: Durian crepe (bantal) dan durian crepe berkeju
  • Harga: Bermula RM15
  • Facebook: Rabi Sugarflour
  • Instagram: @rabisugarflour

durian crepe

Durian Crepe Coklat

  • Alamat: Jeram, Kuala Selangor, Selangor
  • Waktu operasi: 3.30 petang hingga 7 malam
  • Menu signatur: Durian crepe cheese leleh dan durian crepe coklat
  • Harga: RM15 hingga RM30
  • Facebook: Durian Crepe Jeram

durian crepe

Durian Crepe Musang King

  • Alamat: Jalan Harmoni 5/5, Taman Desa Harmoni, Johor Bahru
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 10 malam
  • Harga: RM15
  • Facebook: Amenda Leckers
  • Instagram: @amendaleckershq