SEKIRANYA diberi pilihan sama ada nasi ataupun makaroni, sudah tentu anak-anak cenderung untuk makan makanan yang berasal dari Itali itu.

Bukan apa, boleh dikatakan setiap kali menjamu selera di restoran yang turut menyediakan menu pasta, mata si kecil lebih tertumpu kepada sajian tersebut.

Pun demikian, untuk memenuhi keinginan anak-anak, agak sukar untuk membawa mereka keluar makan di kedai setiap minggu kerana harga satu hidangan boleh mencecah puluhan ringgit.

Satu lagi, tidak semua orang mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk menikmati sajian itu sahaja.

Kredit foto: Sarah Chai

Jadi, pada minggu ini, SinarPlus ingin berkongsi satu resipi makaroni goreng oleh seorang pengguna media sosial Facebook, Noor Khadijah.

Beritahu Noor Khadijah, ramuan yang dikongsikannya itu merupakan resipi beliau berniaga dan ia merupakan hidangan yang paling tinggi permintaan daripada pelanggan.

Berikut bahan dan cara memasak:

– 1 paket makaroni
– 1 biji bawang Holland (dicincang)
– 2 labu bawang putih (dicincang)
– 1 paket sosej
– 1 paket bebola ikan
– 1 paket burger ayam (dicincang dadu)
– 1 tin pes pasta Kimball tradisional
– 4 sudu besar sos cili
– 4 sudu besar sos tiram
– 4 susu besar serbuk cili
– 4 sudu besar rempah kari
– 4 sudu besar lada hitam
– 4 sudu besar oregano
– 4 sudu besar kicap lemak manis
– 1 paket cendawan
– 1 paket sayur campur kecil
– 1 tangkai daun ketumbar/pasli
– 4 sudu besar gula
– 1 sudu kecil garam
– 2 sudu besar secukup rasa
– 1 kiub ayam

Baca juga: Hanya guna 5 bahan untuk hasilkan Crab Rangoon disalut keju. Tak susah pun nak buat

Kredit foto: Noor Khadijah

Bahan hiasan

– Daun pasli/ketumbar
Keju parmesan

Cara memasak:

1. Rebus makaroni sehingga masak dan pastikan air rebusan pasta itu tidak dibuang.
2. Panaskan minyak terlebih dahulu untuk goreng sosej, burger ayam dan bebola ikan, kemudian angkat dan biarkan dahulu.
3. Seterusnya, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
4. Masukkan pula serbuk cili, serbuk kari dan masukkan air rebusan makaroni. Pastikan air dimasukkan tidak terlalu banyak, bergantung kepada cita rasa suka cair atau pekat.
5. Selepas itu, masukkan pes pasta, sos tomato, sos cili dan sos tiram, biarkan sehingga mendidih.
6. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah digoreng (sosej, burger ayam dan bebola ikan) dan perasakan dengan gula, garam dan secukup rasa serta kiub ayam.
7. Seterusnya, letak sayur campur dan juga cendawan.
8. Masukkan makaroni dan kacau sehingga sebati dan tutup api.
9. Siap untuk dihidangkan bersama hiasan daun ketumbar atau pasli dan keju parmesan di atasnya.

Iklan
Kredit foto: Noor Khadijah

Betul tak? Mudah sahaja nak masak kan untuk anak-anak.

Bukan sahaja jimat, paling penting, mereka boleh menikmatinya berulang kali.

SinarPlus yakin, resipi ini bukan sahaja digemari anak kecil, tetapi si ayah juga turut menyukainya. Apa tunggu lagi, jom cuba!

Iklan

Baca juga: Sardin telur bungkus lazat, ibu wajib cuba menu mudah ini

Baca juga: Selera Nyonya, ibu wajib cuba resipi ayam Pongteh boleh jadi kegemaran keluarga

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.