MESTI korang tertanya-tanya macam mana nak sediakan nasi ayam hainan yang mudah dan cepat kan?

Jangan risau. Melalui perkongsian @JiaLeWoh di aplikasi tiktok ni, korang boleh dapatkan nasi ayam setaraf di restoran!

Kalau makan di kedai, harganya pasti mahal dan ‘portion’ yang diberi sedikit saja. Oleh itu, korang boleh cuba resipi ini. Pasti sedap dan boleh makan berulang kali.

@jialewohMakanan Cina Blh Dimelayukan EP05 Hainan Chicken Rice 🥰 #myfoodie #tiktokmalaysia #MCBD #resepi #makanan #chinesefood #johor #sedap #masak #food♬ Lagi Syantik(改版) – 张一阳

Bahan bahan
2 cawan beras (dicuci)
Dada ayam
Bawang merah
Bawang putih
Minyak bijan

1 sudu planta
2 mangkuk air
1 sudu garam
Halia
Daun pandan

Cara penyediaan
1. Panaskan planta dan minyak bijan. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan beras dan kacau sebati. Tambahkan air dan garam, biarkan sehingga mendidih dan tuangkan ke dalam periuk nasi bersama halia, daun pandan dan dada ayam.

3. Biarkan nasi masak seperti biasa.

Iklan

4. Campurkan kicap manis, kicap pekat dan minyak bijan ke dalam mangkuk. Kacau sebati.

5. Apabila nasi siap dimasak, keluarkan ayam, daun pandan dan halia. Leraikan nasi dan hidang ke atas pinggan.

6. Potong dada ayam dan letak di atas nasi bersama kicap. Siap!

Iklan

Mudah saja bukan? Bahan-bahan yang digunakan juga senang didapati. Korang boleh sediakan Hainan Chicken Rice ini ketika hujung minggu nanti. Selamat mencuba!

Baca juga: [VIDEO] Air tangan Che Ta, Shiha, Zulin, koleksi masakan daging