Hanya guna 5 bahan untuk bikin Bebola Kek Coklat Berkeju paling sedap. Jom cuba

BUKAN kanak-kanak je suka makan makanan berasaskan keju mahupun coklat, orang dewasa pun tak terkecuali.

Coklat juga biasanya akan buat ramai rasa happy .

Sama juga dengan cheese, rasanya berlemak dan sedikit pedas membangkitkan rasa keinginan untuk makan dengan lebih banyak!

Bagaimanapun, penulis tidak pernah mencuba makanan yang menggabungkan kedua-dua ramuan itu untuk dijadikan sebagai satu hidangan. Kalian pernah cuba?

Okey, pada minggu ini SinarPlus nak ajak anda semua cuba resipi Bebola Kek Coklat Berkeju yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, Facebook, Ieda Jahaya.

Menariknya tentang menu itu adalah ia hanya menggunakan lima bahan sahaja!

Paling penting, gambar yang dimuat naik oleh Ieda boleh membuatkan sesiapa pun terliur.

Ada gabungan rasa coklat dan cheese.

Memang sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu juadah sampingan sewaktu menyambut hari lahir anak-anak.

Jangan khuatir, semua resipi yang SinarPlus kongsikan, tak susah nak buat pun, semuanya semudah A, B, C!

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

– 700 gram (g) Biskut Marie (BELI DI SINI)
– 250g Cheese Tatura (BELI DI SINI)
Gula icing (BELI DI SINI)
– 1 kilogram coklat jenama Beryl’s (mengikut cita rasa) (BELI DI SINI)
Badam (BELI DI SINI)

Cara penyediaan:

Iklan

1. Masukkan Biskut Marie dan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Kemudian, masukkan Cheese Tatura ke dalam bahan yang telah dikisar tadi dan gaul rata.
3. Tambahkan gula icing mengikut cita rasa masing-masing, kemudian kacau sehingga adunan menjadi sebati.
4. Langkah seterusnya, ambil sedikit adunan dan jadikan ia seperti bola kecil.
5. Gunakan kaedah double boiler untuk panaskan Coklat Beryl’s.
6. Seterusnya, golekkan bebola ke dalam coklat cair, kemudian salut pula dengan badam yang telah dibakar.
7. Panaskan ketuhar dan bakar seketika mengikut tetapan ketuhar masing-masing.
8. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Haaa… tak susah pun nak buat Bebola Kek Coklat Berkeju.

Paling penting modal untuk menyediakan hidangan itu tak besar pun!

Iklan

Jadi apa tunggu lagi, jom cuba rasa keenakan gabungan rasa cheese dan coklat, gerenti sedap.

Baca juga: Lemak, masin dan manis… sedapnya jagung rebus susu cheese

Baca juga: Lelehan keju jadikan piza ‘homemade’ lebih mengiurkan. Ini cara mudah nak masak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi