CRAB Rangoon merupakan sejenis makanan yang menggunakan kulit popia dan isi ketam sebagai bahan utama.

Jika sekali pandang, kudapan itu saling tidak tumpah seperti dimsum goreng.

Kalau sebut sahaja isi ketam, bukan sahaja si kecil, malah kita yang dewasa ini pun akan teruja untuk menikmati hidangan berkenaan.

Memandangkan Crab Rangoon sangat mudah untuk disediakan, apa kata para ibu ‘membeli’ jiwa anak-anak dengan mengajak mereka untuk turut sama membantu membuat sajian tersebut.

Baca juga: Pani puri masakan tradisi India sesuai untuk kudapan petang. Ini cara penyediaan paling senang

Resipi Crab Rangoon yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial, Facebook, Cik Dayang Zuhaila, sangat ringkas dan mudah untuk disediakan.

Ujar Cik Dayang Zuhaila, sekiranya kalian ingin mencuba membuat sajian berkenaan, amat digalakkan untuk dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana boleh disimpan di dalam penyejuk beku.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

Bahan-bahan

Kulit popia
– 1 paket jejari isi ketam
– 250 gram krim keju
– Daun bawang (hiris halus)
– Lada sulah

Cara penyediaan:

Iklan

1. Hiris jejari isi ketam mengikut saiz yang diinginkan.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng isi ketam, kemudian masukkan daun bawang bersama krim keju dan masak sehingga sebati.
3. Potong kulit popia kepada empat bahagian.
4. Seterusnya, letakkan inti yang telah dimasak ke atas kulit popia dan balut. Pastikan keliling kulit popia dibasahkan supaya mudah melekat.
5. Panaskan minyak dan goreng Crab Rangoon dengan api yang perlahan. Setelah ia berubah warna keperang-perangan, angkat dan toskan.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tak susah buat masak Crab Rangoon, bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati.

Gerenti setiap hujung minggu, anak-anak akan minta anda untuk menyediakan hidangan berkenaan, jadi apa tunggu lagi, jom cuba!

Iklan

Baca juga: Nasi ayam paling senang, sedap mak-mak wajib cuba, ‘leburkan’ sahaja dalam periuk

Baca juga: Mudah disediakan, resipi ayam masak Thai ringkas pasti sekeluarga berselera

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.