KALAU ada lebihan roti bonanza yang tidak habis dimakan, sebaik-baiknya jangan dibuang. Apa kata kalian cuba buat piza segera?

Sebenarnya, memasak piza menggunakan lebihan roti, tidak memerlukan kudrat yang banyak untuk menguli dan tak perlu tunggu pun doh naik.

Pendek kata, proses memasak hidangan Itali itu cukup mudah dan paling penting rasanya sungguh menggiurkan.

Sebelum berkongsi resipi, SinarPlus ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna media sosial, Facebook, Najihah Ismail, kerana telah memuat naik hantaran berkenaan piza roti bonanza.

Setelah meneliti ramuan, kalian tidak perlu khuatir kerana bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati dan tidak perlu berbelanja lebih semata-mata untuk menikmati sajian yang lazat.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

– 5 keping roti bonanza (BELI DI SINI)
– 3 keping keju (BELI DI SINI)
– 3 biji telur (BELI DI SINI)
– 1/2 cawan susu segar (BELI DI SINI)
Rempah campuran (BELI DI SINI)
Bawang Holland (BELI DI SINI)
Tomato (BELI DI SINI)
Daging kisar (BELI DI SINI)
Jejari ketam (BELI DI SINI)
Sosej (BELI DI SINI)
Keju mozzarella (BELI DI SINI)

Cara penyediaan:

1. Potong bawang dan tomato terlebih dahulu mengikut saiz yang diinginkan.
2. Seterusnya, carik kepingan roti menjadi kecil dan masukkan ke dalam loyang.
3. Kemudian, letakkan kepingan keju di atas roti yang telah dicarik.
4. Pecahkan telur dan masukkan susu. Kacau sehingga sebati dan masukkan rempah campuran.
5. Masukkan bancuhan telur, ke dalam loyang.
6. Langkah seterusnya, letakkan bawang, tomato dan diikuti topping kesukaan sama ada daging kisar, jejari ketam atau sosej.
7. Kemudian, taburkan keju mozzarella di atas hidangan itu.
8. Panaskan ketuhar dan bakar selama lima hingga lapan minit dengan suhu 180 darjah Celsius, tetapan api atas dan bawah.

Resipi yang dikongsikan Najihah itu boleh dinikmati oleh seisi keluarga.

Iklan

Beritahu wanita itu lagi, sekiranya kalian menyukai roti yang garing, boleh bakar lebih lama.

Jadi, apa lagi? Hujung minggu ini ajaklah anak-anak untuk buat resipi itu bersama-sama. Gerenti mereka teruja untuk membantu ibu di dapur.

Piza dengan roti itu boleh dijasikan hidangan minum petang atau makan malam. Ikut kesesuaian semua.

Baca juga: Lelehan keju jadikan piza ‘homemade’ lebih mengiurkan. Ini cara mudah nak masak

Iklan

Baca juga: Gembirakan si kecil dengan masak makaroni goreng bersama taburan keju. Paling senang nak buat

Kredit foto: Najihah Ismail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi