LIMA hingga empat tahun lepas, sajian shell out memang viral.

Kalau tidak tular, tiadalah lambakan restoran yang ditubuhkan khas untuk makanan itu sahaja.

Paling tidak, ada restoran yang menjadikan shell out sebagai makanan sampingan yang boleh dipilih pelanggan.

Baca juga Syurga makanan laut segar halal di Sekinchan, port makan-makan ini wajib dikunjungi sempena cuti hujung tahun

Makan makanan tersebut memang lain feelnya. Bukan apa, bila segala macam makanan laut termasuk sayuran dilambakkan di atas meja dan dijamah ramai-ramai, kepuasannya lebih terasa dan memang seronok.

Namun, sejak kebelakangan ini, seiring dengan kenaikan harga barangan, menu tersebut menjadi semakin mahal.

PILIH makanan laut yang segar agar hidangan shell out lebih enak.

Justeru, pada artikel kali ini, SinarPlus akan kongsikan resipi membuat shell out dengan cara yang paling mudah.

Terima kasih kepada pengguna Facebook, Haryani Mohamed yang memuat naik resipi tersebut di laman Facebook grup Masak Apa Hari Ini.

Berikut adalah rencah dan cara penyediaannya.

BAHAN-BAHAN

1/2 bawang holland

6 biji bawang merah

10 ulas bawang putih

1 inci halia

15 tangkai cili kering

Mentega

Daun kari

Sos tiram

Sos ikan

Kicap

Rempah kari

Iklan

Serbuk lada hitam

Belacan

Udang kering

Kiub pati ayam

Lemon

Makanan laut (ikut selera masing-masing)

Sayuran (brokoli, jagung muda, jagung)

Iklan

CARA PENYEDIAAN:

1. Pertama sekali, rebus semua makanan laut dan juga sayur-sayuran berasingan.
2. Rebus cili kering. Kemudian, kisar bersama bawang putih, belacan dan udang kering.
3. Kisar kasar bawang holland, bawang merah, bawang putih dan halia tanpa air.
4. Panaskan kuali. Masukkan mentega sehingga cair.
5. Masukkan daun kari sehingga naik bau.
6. Selepas itu, masukkan bahan tumis dan kari daging. Tumis sehingga pecah minyak.
7. Kemudian, masukkan air dan bahan kisar. Kacau sebati.
8. Seterusnya, masukkan sos ikan, sos tiram, kiub ayam, kicap dan sos lada hitam. Kacau sehingga sebati.
9. Masukkan air rebusan makanan laut jika masakan tadi kering.
10. Akhir sekali, setelah mendidih, masukkan makanan laut. Kacau rata. Boleh juga kalau nak perah lemon.
11. Siap! Sedia untuk dihidang.

Untuk memastikan shell out yang dimasak lebih umphh, pastikan anda membeli makanan laut yang segar-bugar ya.

Makan dengan nasi panas memang nikmat tak terkata.

Selamat mencuba!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI