KALAU makan bersama keluarga di kedai tomyam, SinarPlus percaya hidangan yang wajib dipesan ialah Ikan Siakap Masak Tiga Rasa, betul tak?

Haa…cakap sahaja mengenai sajian itu, kecur air liur membayangkan keenakan menu itu yang kaya dengan kombinasi rasa.

Pun begitu, mungkin ada antara kalian yang tidak berpuas hati sekiranya makan di kedai kerana masakan tersebut tidak seperti yang diinginkan.

Kadang-kadang, ada sahaja perkara yang tidak memuaskan. Antaranya ikan terlalu garing, kuah terlalu sikit dan rasa kurang ‘menyengat’.

Bagi mereka yang pernah melalui kekecewaan itu, apa kata cuba resipi yang bakal SinarPlus kongsikan, gerenti tak akan kecewa.

Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa Sempoi yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial, Facebook, Salju Rindu, terlihat sungguh enak.

Jadi tunggu apa lagi, jom cuba masakan itu. Berikut bahan dan cara penyediaan:

Baca juga: Ikan bakar berempah, menu sihat, ini resipi paling ringkas disediakan

Bahan-bahan ikan siakap goreng
– Seekor ikan siakap
– Kunyit
– Garam
– Tepung jagung

Bahan-bahan kuah tiga rasa
– 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
– 1 biji bawang besar (dicincang halus)
– Halia
– 2 sudu besar sos tomato
– 2 sudu besar sos ikan
– 3 sudu besar sos cili
– 3 sudu besar sos tiram
– 1 sudu besar cili kisar
– 1 helai daun limau purut bersaiz besar (buang urat tengahnya)
– Buah tomato (potong dadu)
– 1 tin buah nenas
– 5 tangkai cili padi (buang biji)
– 1 tangkai cili merah (buang biji)
– Daun sup
– Air nanas
– Kiub ayam

Baca juga: Ikan siakap Pla Neung Manao enak dengan hanya 3 langkah mudah

Iklan

Cara penyediaan:
1. Cuci ikan sehingga bersih, masukkan kunyit dan garam. Kemudian tuang tepung jagung untuk disalut bersama ikan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Angkat ikan dan tos minyak.
3. Seterusnya, untuk kuah ikan, tumis bawang putih sehingga garing.
4. Kemudian, masukkan halia, bawang besar, daun limau purut dan kacau sebentar.
5. Selepas itu, masukkan cili kisar dan biarkan ia pecah minyak.
6. Masukkan sedikit air nenas, tunggu sehingga naik bau, masukkan kesemua sos yang diperlukan.
7. Kacau masakan dan masukkan air mengikut cita rasa masing-masing.
8. Masukkan pula buah tomato, nenas, cili padi dan cili merah. Kacau sebentar sebelum masukkan kiub ayam.
9. Biarkan kuah mendidih sebentar dan tutup api.
10. Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng. Hias hidangan dengan meletakkan daun sup sebagai pelengkap.
11. Siap untuk dihidang bersama nasi panas dan lauk sampingan yang lain.

Perghhh… tidak dapat dibayangkan rupa Ikan Siakap Tiga Rasa Sempoi yang siap dihidang di atas pinggan.

Buat peminat ikan siakap, ambil peluang cuti hujung minggu ini untuk masak masakan itu.

Iklan

Lagi satu, kebanyakan bahan-bahan yang digunakan sudah tersedia di rumah, cuma tinggal beli ikan dan nenas tin sahaja. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi sizzling spageti buttermilk memang menggiurkan. Gerenti anak jilat jari nikmatinya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan