KAYA dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama kaki travel yang mencari tempat percutian singkat dan dapat melawati banyak tempat menarik.

Selain itu, Melaka juga terkenal dengan kepelbagaian resipi makanan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Antaranya resipi baba nyonya yang terkenal sejak dahulu kala, Melayu, Cina dan India yang sememangnya digemari ramai. Kini Melaka turut dibanjiri dengan masakan dari Sumatera, selain masakan Barat.

Pendek kata memang pelbagai jenis masakan yang korang boleh cuba di Melaka!

Sambil melancong menikmati susur galur sejarah di Melaka, ini senarai 20 tempat makan menarik yang korang boleh nikmati.

1. Asam Pedas Selera Kampung

Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka

Melaka dan asam pedas adalah satu gabungan yang tidak langsung boleh dipisahkan. Bila sebut sahaja Melaka, penggemar makanan akan terbayangkan asam pedasnya yang amat digemari bukan saja masyarakat setempat malah juga pengunjung dari luar.

2. Cendol Jam Besar

Hadapan Muzium Belia Malaysia, Bandar Hilir, Melaka.

Cendol Jam Besar ini terletak di tengah-tengah Bandar Hillir dan di tebing Sungai Melaka. Korang bukan saja boleh menikmati cendol, tetapi juga keindahan Sungai Melaka dan tiupan angin yang mendamaikan di tengah kepanasan Bandaraya Melaka.

3. Perhentian Kuih Kampung

Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka.

Kedai ini juga dikenali sebagai kedai bawah pokok kerana kedudukannya berhampiran sebatang pokok angsana yang besar.

Perhentian kuih kampung amat terkenal dengan kepelbagaian kuih muihnya dari kuih tradisional sehinggalah yang moden.

Malah kepelbagaiannya melangkaui sempadan negeri. Tetapi yang lebih penting adalah semua kuih-muih yang dijual di sini begitu sedap.

4. Roti Canai Kayu Arang

Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka.

Nak susuatu yang unik? Jom kita terjah gerai Roti Canai Kayu Arang!

Roti Canai Kayu Arang ini terletak betul-betul di tepi Jalan Malim-Bachang. Jadi, tidaklah susah untuk singgah sarapan pagi. Merupakan salah satu tempat makan menarik di Melaka yang perlu ada dalam list korang.

Sebut sahaja ‘breakfast’ dan ‘local food’, kedai ini wajib korang terjah.

makan Melaka

5. Asam Pedas Claypot

Taman Kota Laksamana, Melaka.

Asam Pedas Claypot menyediakan pelbagai pilihan asam pedas kepada pelanggan mereka.

Ada asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembong, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan jenahak dan macam-macam lagi.

Asam pedas dimasak di dalam claypot yang mana dihidangkan kepada pelanggan dalam keadaan panas mendidih bersama-sama telur masin dan kubis, memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur!

6. Klebang Original Coconut Shake

Klebang, Melaka

Kedai viral ini tak perlu lagi diperkenalkan. Antara tempat makan yang selalu termasuk dalam senarai wajib singgah diceritakan di media sosial.

Tempat ini sememangnya tempat wajib untuk peminat ‘coconut shake’ jika korang datang ke sini. Memang coconut shake yang asli di Melaka.

7. Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka

Sebut sahaja Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong, ramai rasanya boleh memberikan komen tentang kesedapan ikan bakarnya yang menjadi pilihan ramai.

Pelbagai menu seafood seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan kepah anda boleh jumpa di sini. Pilih sahaja masakan atau bakar mengikut kesukaan korang.

Jika korang inginkan ikan bakar yang dimasak segar, di sinilah tempatnya kedudukan berhampiran jeti.

8. Kuih Keria Antarabangsa

Kampung Limbongan, 75250 Melaka

Apa yang istimewa di sini? Sudah tentulah kuih kerianya. Rangup di luar, manis dan lembut di dalamnya. Harganya cuma 60 sen sebiji.

Ramai yang menyukai kuih keria di sini terutama semasa ia masih panas. Jadi, usah terkejut dengan barisan panjang manusia yang mahu membeli kuih keria.

makan Melaka

9. Melantak Steak Hub Melaka

Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia

Tempat makan western di Melaka untuk dicuba oleh korang. Beroperasi pada jam 12 tengah hari sehinggalah 12 tengah malam. Pelbagai jenis bahagian steak menarik dan tertarik boleh dipilih.

10. Mee Sup Tengkera

Jom kita cuba dan makan mi sup yang terkenal di Melaka iaitu Mee Sup Tengkera. Gerai Mee Sup Tengkera ini terletak berhampiran dengan Masjid Lama Tengkera.

Korang memang patut cuba mi supnya. Selain mi sup, menu lain yang boleh dicuba adalah popia basah serta popia kering. Air minuman pula, jangan lupa cuba air mata kucing atau barli, menyejukkan tekak!

Baca juga Serbuk biji getah signatur makanan di Jerantut. Antaranya asam rong ikan patin berampai

11. Ikan Bakar Parameswara

Pulau Besar, 75460 Ayer Molek, Melaka.

Ini satu lagi tempat makan ikan bakar yang tidak perlu diperkenalkan lagi jika anda berada di Melaka. Terdapat pelbagai gerai ikan bakar di medan ikan bakar ini, tetapi yang sering diterjah ramai adalah Ikan Bakar Parameswara.

Selain ikan bakar, anda boleh mencuba menu lain seperti sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan ketam sambal, dijamin enak!

12. Yong Tau Fu Gelombang Biru

Taman Bertam Perdana, 75250 Melaka.

Dapatkan Yong Tau Fu kegemaran di sini. Banyak pilihan bahan untuk korang pilih. Supnya cukup baik dan memuaskan hati.

Ia sudah menerima ramai pelanggan dan rata-rata memberikan komen yang positif terhadap rasa, lokasi, dan keadaan kebersihan restoran. Paling penting, ia halal, lazat dan dengan harga yang berpatutan.

13. Berkat Roti John & Ayam Golek.

Taman Kenanga Seksyen 1, 75200 Tengkera.

Pelanggan datang ke restoran ini dengan tujuan untuk makan Roti John dan Ayam Golek walaupun mereka turut menghidangkan menu yang lain.

Mereka berpendapat yang Roti John dan Ayam Golek sememangnya kepakaran mereka.

makan Melaka

Iklan

14. Restoran Klasik Terapung (Tom Yam Klasik) Garden Restaurant Melaka

Taman Pertama, 75350 Batu Berendam.

Restoran ini terletak di Sungai Putat, Melaka. Dahulunya ia dikenali sebagai Restoran Tom Yam Klasik Thai Seafood yang beroperasi di Ayer Keroh sejak tahun 1993.

Ia dinamakan sebagai Restoran Klasik Terapung kerana senibina Melayu pada restorannya serta kedudukannya yang berada di atas tasik. Korang pasti tertarik dengan ukiran indah di dalam restoran ini.

15. Mee Besen Original

Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka.

Namanya pasti akan membuatkan koranganda tertanya-tanya bagaimanakah rupanya? Ia membezakan restoran ini dengan restoran lain.

Mee besen sebenarnya ialah mi yang dihidangkan dalam mangkuk yang besar. Satu hidangan mi besen boleh dimakan atau dikongsi bersama dua sehingga enam orang.

Selain mee dalam mangkuk besar, Mee Besen Original juga ada menu lain yang dihidangkan dalam kuantiti yang sama iaitu Talam Western. Ya, makanan barat dihidangkan di dalam talam yang besar, memang menarik!

16. Mee Goreng Hassan (Mi Bodoh)

Jalan Tengkera, 75200 Melaka.

Mi yang terkenal dihidangkan di sini dikenali sebagai Mee Hassan atau lebih dikenali dengan Mi Bodoh yang hanya dibuka pada waktu pagi. Jadi, gerai ini memang port sarapan yang terbaik.

Apa yang menarik adalah bukan sahaja akan melihat kaum Melayu bersarapan di sini, malah ia dipenuhi dengan pelanggan berbangsa Cina dan India.

Mi goreng di sini dikenali sebagai Mee Bodoh kerana ia merupakan mi yang disediakan dengan penuh ringkas dari segi bahan-bahan masakannya iaitu mi dan tauge bersama dengan sambal istimewa resipi pemiliknya.

Harganya juga sangat murah, sekitar RM2 sepinggan sahaja!

17. Mango Float Royale

Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Sungai Putat mempunyai beberapa tempat menjamu selera yang menarik. Salah satunya ialah Mango Float Royale.
Mangga segar dan ais yang dikisar ditambah pula dengan ais krim perisa jagung serta hirisan mangga di atasnya, memang terliur dibuatnya.

18. Cengkerang Seafood Jumble

Iklan

Taman Kota Laksamana Jaya, 75250 Melaka.

Udang, ketam, mentarang, belangkas merupakan sebahagian hidupan laut segar yang mereka ada untuk

Ia selalunya dihidangkan untuk menu ‘shell out’. Jadi, korang dapat makan dengan lebih santai.

Disebabkan itulah, Cengkerang Seafood Jumble dikatakan berbeza berbanding restoran makanan laut yang pernah kunjungi atau ketahui. Rugi kalau tak cuba!

makan Melaka

19. Sate R&K

Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka.

Sate R&K pastinya lokasi untuk peminat sate yang berada di Melaka. Ia terletak di kawasan rumah kedai bersebelahan dengan lebuh raya.

Korang boleh nampak restoran ini dari jalan utama Bukit Piatu. Pelanggan suka datang ke sini kerana harganya boleh dikatakan murah dan sedap!

Baca juga Sosej Kemboja jadi buruan, siapa sangka air tangan pemuda ini buat ramai berselera

20. Nasi Ayam Baba

Jalan Pegaga, Taman Merdeka, 75350 Melaka

Ini antara nasi ayam yang dikatakan paling sedap di Melaka. Itulah pendapat sebahagian besar pelanggan yang datang di Nasi Ayam Baba. Kekuatannya adalah pada ayamnya yang dikatakan amat lembut.

Harganya yang murah dan layanan pantas pula adalah daya tarikan tambahan kepada pelanggan mereka. Tapi, Nasi Ayam Baba juga ada hidangan lain seperti mee kari dan dim sum.

Ramai pelanggan menyukai Asam Pedas Gear Box di sini, selain daripada nasi ayam yang menjadi hidangan utama mereka.

Apa pun, ini hanyalah 20 senarai daripada ratusan tempat makan yang menarik di Melaka. Yang pasti berkunjung ke negeri itu membuatkan korang kekenyangan daripada pagi sehingga ke malam.

Semoga bermanfaat!