TEKAK rasa kering petang-petang macam ni? Jom buat koktail buah yang segar, berkhasiat dan sedap. Mudah sahaja.

Bahan-bahan:
1 biji buah epal hijau
4 biji strawberi
4 biji blueberi
3 sudu yorgurt asli
1 cawan susu segar

Cara-cara:
1.Potong kecil epal hijau, strawberi dan blueberi tadi. (anda boleh tukar buah ikut yang anda suka)
2.Masukkan buah yang sudah dipotong tadi ke dalam mangkuk.
3.Tambahkan susu segar dan yorgurt.
4.Gaul campuran tadi.

Iklan

Sedia untuk dimakan! Amat sedap. Rasa segar buah dan lemak susu serta sedikit kemasaman yorgurt amat menyelerakan. Sesuai dinikmati pada petang hari yang panas. Selamat mencuba!

Iklan

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash