PEJAM celik pejam celik, tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri.

Meskipun tidak semeriah tahun terdahulu dek kekangan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), namun ia tidak menghalang rakyat Malaysia meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran.

Hanya di dalam rumah, masih boleh ‘beraya’ bersama keluarga yang jauh dengan teknologi terkini. Lagi menyeronokkan apabila dapat makan bersama dengan insan tercinta.

Nah! Barangkali kebiasaan pagi raya dengan menu tradisi boleh diserikan dengan juadah ala—ala hotel yang terus dihantar depan pintu rumah!

Inisiatif unik Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie pastinya menjadikan suasana raya lebih bermakna dengan pelbagai menu menarik.

ayam panggang madu
MENU ayam panggang madu juga disediakan dalam pakej keluarga yang ditawarkan.

Laman web Gourmet Tapau; https://dining.holidayinnkl.com.my menjadi satu talian mudah untuk tempahan makanan hotel secara online.

Tidak percaya? Servis mesra pengguna itu boleh diakses melalui telefon pintar mahupun komputer peribadi.

Selain harga berpatutan, sistem servis yang ditawarkan bersesuaian dengan kekangan semasa yang masih berdepan dengan wabak Covid-19.

Yalah…walaupun hanya boleh berhari raya bersama sanak saudara (tidak lebih 20 orang) pada hari pertama, janganlah lepaskan peluang untuk menikmati lebih 100 juadah menyelerakan yang disediakan.

kari kambing
BAGI peminat juadah berasaskan kambing, barangkali menu ini mampu memenuhi kehendak selera untuk berbuka.

Lagi best, tempahan makanan akan dihantar dalam tempoh 20 minit selepas pesanan diterima daripada pelanggan. Hebat, bukan?

Iklan

Jadi berbaki dua hari lagi puasa bolehlah tempah juadah untuk berbuka. Ya! Bukan untuk juadah raya sahaja sahaja bahkan untuk berbuka pun masih ada lagi.

Pakej yang disediakan pun menarik termasuk pakej keluarga (ada empat set berlainan), ala carte serta kek dan pastri pada harga cukup berbaloi.

Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat layari Gourmet Tapau; https://dining.holidayinnkl.com.my ini, pelanggan hanya perlu klik dan bayar dalam talian tanpa perlu berada di restoran.

Iklan
nasi briyani
MENU nasi briyani dipadankan dengan kari kambing, telur rebus safron dan pickled salad cukup menyelerakan.

Menu apa yang ada? Pakej Keluarga A dengan harga RM 180 nett yang mempunyai menu nasi briyani, kari kambing, ayam panggang madu, telur rebus safron, pickled salad, puding badam dan air bandung.

Pakej Keluarga B pula RM 140 nett yang terdiri daripada nasi putih, kari kepala ikan, udang masak lemak cili padi, ayam goreng berempah, kerabu mangga muda, puding karamel dan air bandung.

Untuk Pakej Keluarga C dan D pula masing-masing RM 120 nett selain menu Ala Carte bervariasi seperti sate, kari kepala ikan merah, sup kambing, ayam panggang madu, pasta a la funghi dan pelbagai lagi.