Kambing Bakar 30 Hari guna kayu arang, daging diperap semalaman. Tak hairanlah premis ini sentiasa penuh

HOTEL Premiera Kuala Lumpur antara destinasi iftar yang menjadi pilihan warga kota sejak minggu pertama Ramadan lagi.

Istimewanya pada kali ini, Kambing Bakar 30 Hari yang dibakar dengan kayu arang dijangka menjadi menu tumpuan.

Bertemakan Bufet Ramadan Selera Orang Kita, Ketua Cef Premiera Hotel, Cef Dzulkarnain@Jol Salleh berkata, pihaknya tidak semberono dalam memasak hidangan berkenaan.

kambing bakar

“Daging kambing akan diperap semalaman dengan rempah-ratus pilihan. Kambing Bakar 30 hari ini juga akan dibakar setiap hari tanpa gagal,” katanya ketika ditemui SinarPlus baru-baru ini.

Selain itu, Hotel Premiera turut menghidangkan hidangan Sup Gearbox 6 Sekawan dan Siakap Stim Thai Special yang pasti menambat selera semua.

kambing bakar

Masakan yang dimasak sendiri di depan hadirin seperti kuetiau, martabak, cucur udang dan pisang goreng pastinya menjadikan bayaran untuk iftar dirasakan tidak merugikan.

Baca juga Harga serendah RM5, ini 6 jenama makanan terkemuka tawarkan menu ringkas dan sedap untuk pilihan iftar

Baca juga Nikmati lebih 200 sajian iftar sambil hayati panorama senja, wajib cuba Tandoori Murgh dan Sup Tulang Rawan Songkla

Tazkirah dan tarawih bersama penceramah selebriti seperti Ustaz Syamsul Debat, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, Haslin Bolywood, Imam Muda Megat dan ramai lagi turut diadakan di hotel berkenaan.

Iklan

kambing bakar

kambing bakar

Selera Orang Kita Hotel Premiera Kuala Lumpur

Iklan

Alamat: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mac hingga 21 April 2023
Menu signatur: Sup Gearbox 6 Sekawan, Siakap Stim Thai Special, gulai tempoyak ikan patin dan gulai daging dengan rebung
Harga: RM128 (dewasa) dan RM96 (kanak-kanak 5 hingga 11 tahun)

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.