SETIAP kali Ramadan, juadah kuih-muih seperti karipap antara pilihan paling laris sama ada untuk jualan atau makan sendiri.

Cara penyediaannya pun tak susah. Cuma kena pandai adjust bahan-bahan penting seperti tepung, marjerin, minyak masak dan air sejuk dalam adunan.

Bagi beginner yang baru nak try buat karipap, biasanya inti yang digunakan seperti kentang, ayam, daging atau telur.

Apa kata cuba kelainan dengan karipap dengan isi kentang carbonara? Mesti anak-anak suka sebab rasa creamy cheese yang enak.

Karipap inti carbonara

Pengguna Facebook, Sharinaz Redwan berkongsikan panduan mudah untuk menyediakan resipi tersebut.

Perincian seperti berikut:

Bahan-bahan untuk kulit karipap
1 kilogram tepung gandum [BELI DI SINI]

Karipap inti carbonara
SUMBER foto Klaus Nielsen daripada PEXLES.

3/4 minyak masak
3 sudu besar marjerin [BELI DI SINI]
Sedikit garam
Air sejuk

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan marjerin sampai buih hilang.
2. Kemudian tunggu sehingga sejuk sebelum tuang ke dalam tepung.

Karipap inti carbonara

Karipap inti carbonara
3. Tabur sedikit garam dan gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk.
4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tak melekat.

Karipap inti carbonara

Bahan-bahan untuk inti carbonara
6 biji kentang (sudah dilenyekkan siap-siap)
Sedikit daging kisar [BELI DI SINI]

Karipap inti carbonara
SUMBER foto Tugay Aydın daripada PEXELS.

3 batang sosej (dicincang) [BELI DI SINI]
1 biji bawang holland (potong dadu)
5 ulas bawang putih (dicincang)

Karipap inti carbonara
SUMBER foto Cats Coming daripada PEXELS.

3 keping kepingan keju [BELI DI SINI]
1 kiub ayam [BELI DI SINI]
Susu segar secukupnya

Karipap inti carbonara
SUMBER foto Charlotte May daripada PEXELS.

Sayur campur
Garam
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan kemudian masukkan daging cincang dan sosej.
2. Goreng sehingga masak dan masukkan bawang putih dan holland sehingga naik bau.

Karipap inti carbonara
3. Masukkan susu, keju, kiub ayam, sayur campur dan garam.
4. Apabila sudah sebati, masukkan kentang lenyek dan gaul hingga inti menjadi pekat.
5. Sejukkan dulu inti sebelum dimasukkan ke dalam doh karipap.

Baca juga Kulit rangup, inti sedap. Ini cara buat karipap daging kurma mak-mak wajib cuba

Pesanan Sharinaz, ramuan yang sama boleh digunakan untuk popia juga.

Iklan

Untuk mereka yang plan untuk dijadikan kuih frozen, boleh juga goreng separuh masak dulu dan kemudian sejukkan.

Karipap inti carbonara

Boleh bungkus dalam plastik sebelum simpan dalam peti sejuk.

Bagus juga idea frozen tu, kan? Mana tak yer, banyak kos kalau nak beli kuih setiap hari di bazar Ramadan.

Sekurang-kurangnya jika ada stok kuih, bolehlah jimat sikit duit belanja sepanjang bulan puasa ni.

Karipap inti carbonara

Iklan

Selain popia yang terkenal dengan isi carbonara, apa kata kalian cuba pula versi karipap.

Baca juga Pastil, menu istimewa di Sabah. Karipap berintikan bihun

Kalau buat sendiri, mesti lagi puas hati dan anak-anak pun suka makan untuk buka puasa bersama.

Okey! Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.