SELAIN Pulau Pinang, negeri Melaka juga cukup terkenal sebagai salah satu syurga makanan di negara ini.

Menariknya di bandar bersejarah itu, banyak bangunan lama telah diubah suai menjadi medan niaga.

Paling mencuri tumpuan dan tular di media sosial ialah Muzium Penjara Malaysia yang sebelum ini merupakan Penjara Banda Hilir.

Muzium yang berusia 160 tahun itu telah ditransformasikan menjadi sebuah premis makanan yang diberi nama sebagai Kopi Jail.

kopi

Diusahakan oleh dua bersaudara iaitu Anas Al-Afiq Azhar bersama sepupunya, Nur Aimi Irfan Nor Azian, minuman kopi yang ditawarkan juga memiliki nama-nama yang mempunyai kaitan dengan sebuah jel.

Antaranya seperti Kopi Reman, Kopi Gantung, Kopi Sebatan, Kopi Seumur Hidup dan Kopi Sepanjang Hayat.

Kepada SinarPlus, Anas Al-Afiq berkata, selera orang Malaysia yang sukakan kelainan mendorongnya untuk mewujudkan kafe santai dengan ‘suasana penjara.’

kopi

“Alhamdulillah, tapak galeri berjaya diubah suai menjadi sebahagian ruang kafe yang dibuka sejak Februari lalu telah menerima sambutan cukup memberangsangkan selepas tular di laman sosial.

“Rasanya belum ada lagi kafe bertemakan konsep di sebalik jeriji besi, jadi peluang keemasan ini kami rebut sepenuhnya,” katanya yang berterima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia kerana memberi kerjasama yang baik dalam mentransisi sebuah jel.

Baca juga Stail warung orang dulu-dulu, 5 kafe unik wajib diserbu peminat kopi

kopi

Pun demikian, kata Anas Al-Afiq yang bertindak sebagai Pengurus Kopi Jail, pada awalnya, ramai yang takut-takut untuk datang kerana beranggapan premis tersebut diusahakan bekas banduan.

“Ingin ditegaskan sekali lagi, kami bukannya bekas banduan, cuma mahu membawa kelainan buat peminat kopi yang berkunjung ke muzium ini,” katanya.

Baca juga Jangan salah anggap, kopi ada banyak khasiatnya. Ini fakta penting yang ramai tak tahu

Selain hidangan kopi istimewa, kata usahawan berusia 24 tahun itu, Kafe Jail turut menawarkan kudap-kudapan, aiskrim 1Malaysia termasuk pelbagai sajian lain seperti nasi lemak, nasi kerabu, mihun goreng dan spageti bolognese.

kopi

“Sambil makan dan minum, pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk melihat dengan lebih dekat suasana bilik menunggu dan coretan terakhir pesalah yang menjalani hukuman gantung sampai mati.

“Selain itu, hasil kraftangan seperti bakul rotan, labu sayung dan pastri yang dibuat sendiri oleh penghuni Sekolah Henry Gurney dan banduan di lebih 10 penjara turut boleh dibeli di sini,” ujarnya.

Kopi Jail

Alamat: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, Melaka
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang (Selasa hingga Ahad)
Menu signatur: Kopi Jail, Kopi Sebatan dan Kopi Reman
Harga: Bermula RM8 hingga RM16
Facebook: Kopijail_
Instagram: @kopijail_

kopi

Kopi Jail yang terletak di Muzium Penjara Malaysia di Banda Hilir, Melaka berjaya menarik perhatian ramai sekelip mata.

Mana tidaknya, bekas sebuah penjara bertukar menjadi premis makanan.

Baca juga Gabungan pulut & kopi, resipi istimewa Gula Melaka Latte dua sahabat baik ini wajib dicuba

Iklan

Bukan sahaja kafe yang diusahakan dua pemuda bersaudara itu menjadi sebutan di media sosial, SinarPlus mendapati terdapat beberapa lagi premis yang memiliki idea menarik demi menambat hati peminat kopi.

Berikut empat lagi destinasi kembara gastronomi berasaskan kopi dengan kelainan tersendiri:

kopi

Gabak Kopi Rumah Usang

Alamat: 66-3, Jalan Dagang,
Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: 2 petang hingga 10.30 malam ( Rabu tutup)
Menu signatur: Kopi Gabak dan set ikan bakar
Harga: Bermula RM2.50
Facebook: GABAK
Instagram: @gabak_kopirumahusang

kopi

Tentang Kopi

Alamat: No 68, Kampung Nesam, Jalan Bintong, Kangar, Perlis
Waktu operasi: 2 petang hingga 9.30 malam
Menu signatur: Signature Kopi, mocha ais dan Kopi Nostalgia
Harga: Bermula RM1
Facebook: tentangkopi.kgr
Instagram: @tentangkopi.kgr

Iklan

kopi

Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Alamat: 22, Jalan Besar, Kuantan, Pahang
Waktu operasi:
7.30 pagi hingga 7 malam
Menu signatur: Kopi O, Ah Lee Me Rebus Satay dan roti goyang
Harga: Bermula RM2.30
Facebook: Kuantan Pickers & Kedai Kopi
Instagram: @kuantanpickers

kopi

Pause Cafe Kuala Lumpur

Alamat: 140, Jalan Choo Cheng Khay, Kampung Attap,Kuala Lumpur
Waktu operasi:
10 pagi hingga 7 malam
Menu signatur:
Rose Latte dan So Macha Better
Harga: Bermula RM9
Facebook: PAUSE//

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan