NEGERI Pantai Timur cukup terkenal dengan sajian makanan laut yang dimasak dengan teknik celup tepung. Lagi satu, harga ditawarkan juga memang murah.

Bukan sahaja pilihan pelbagai ikan dimasak goreng garing menjadi pilihan, malah sotong, udang dan ketam juga memang jadi rebutan.

Kuala Terengganu misalnya, masakan popular tersebut dijual pada harga RM1 sahaja untuk menarik kedatangan pelanggan.

Mahu memandu ke sana pada cuti hujung memang tak berbaloi buat mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang.

Justeru, carian SinarPlus di laman sosial mendapati, ramai pengusaha sudah menawarkan kulinari ringkas tersebut di premis mereka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Berikut lima destinasi gastronomi yang boleh dipertimbangkan buat peminat makanan celup tepung untuk minggu ini:

celup tepung

1. Myewarung
Alamat: Jalan Parit Omar, Kampung Kuching Tengah, Jeram, Kuala Selangor, Selangor
Waktu operasi: 2.30 petang hingga 9 malam
Harga: Bermula RM2.50
Facebook: El Aryem Halim

celup tepung

2. Warung MaxKanda
Alamat: PORTKITA, 106, Jalan 11, Selayang Baru, Batu Caves Selangor
Waktu operasi: 3 petang hingga 10.30 malam
Harga: Bermula RM6
Facebook: Warung MaxKanda

Baca juga 5 ‘lokasi panas’ salai masak lemak viral, premis nombor 3 memang rugi kalau tak cuba

celup tepung

3. Udang Celup Tepung Gombak
Alamat: No 67-G Platinum Walk, Danau Kota Setapak, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 4 petang hingga 1 pagi
Harga: Bermula RM10
Facebook: Udang celup tepung gombak

celup tepung

4. MOLEK CAFE KL
Alamat: No 27, Jalan Bachang, Batu 21/2, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam
Harga: Bermula RM10
Facebook: MOLEK CAFE KL
Instagram: @molekcafesokmo

Iklan

Baca juga Sajian mi tarik halal yang sedap, 4 lokasi ini sering jadi tumpuan ramai

celup tepung

5. Restoran Celop Tepung Crispy
Alamat: 26, Jalan Cecawi, 6/19a, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 4 petang hingga 11 malam
Harga: Bermula RM30
Facebook: Celup Tepung Crispy

Baca juga Menariknya, nikmati juadah seafood dalam restoran sampan, 3 lokasi menarik wajib dikunjungi

Iklan

Sebenarnya banyak lagi pilihan menarik yang boleh kalian usha di media sosial.

Apa yang penting, resipi sos dan adunan celup tepung yang ditawarkan kena dengan selera.

Kalau sudah sedap dan murah, pasti ramai pelanggan akan repeat lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan