Lima lagi kafe hipster wajib terjah selepas PKPB ini

kafe
October 17, 2020
Arziana Mohmad Azaman

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Selangor sedikit sebanyak menjejaskan perancangan kita untuk bercuti mahupun pulang ke kampung.

Tidak mengapalah. Kita kena akur dengan arahan pergerakan yang terhad, tidak boleh rentas daerah untuk tempoh dua minggu ini demi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat ketika ini.

Pun begitu, bagi mereka yang ingin keluar makan-makan atau meraikan hari istimewa bersama insan tersayang, kebenaran untuk makan di restoran atau kedai makan dibenarkan untuk dua hingga empat orang, setakat artikel ini ditulis.

Artikal berkaitan: 5 Kafe instagrammable wajib kunjungi di Selangor. Mana satu jadi pilihan hati…

Jadi, apa tunggu lagi? Bagi mereka yang berhampiran lima kafe hispter ini dan tidak perlu merentas daerah, bolehlah susun masa sesuai untuk menikmati juadah yang disediakan pada cuti hujung minggu.

THE BOTANIST

Siapa yang pernah sampai ke kafe The Botanist ini, bangunan 2 tingkat yang estetik dan cantik cukup menawan hati dengan hiasan perabot, dinding malah bingkainya dibuat daripada kayu.

Pada luaran kedai pula, dipenuhi dengan kehijauan alam semula jadi yang boleh memberikan ketenangan fikiran.

the botanist

the botanist

Antara menu menarik yang disediakan seperti burger buatan sendiri, kek, kopi, jus buah, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.

Alamat: GP3A-03M, LEVEL 3M, Tamarind square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya

KAFE N16

Bas antik yang diubah suai menjadi kafe ini terletak di kawasan sawah padi antara tarikan buat mereka yang suka bergambar dan menyimpan memori indah dalam media sosial.

kafe n16

kafe n16

Selain dapat menikmati keindahan padi yang luas terbentang, bolehlah menempah menu masakan barat seperti spageti, ayam goreng Korea, kek dan minuman.

Alamat: Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, Sekinchan, Selangor

KAFE BLOCK

Kafe Block yang dibuka pada tahun 2018 ini menjadi tempat kegemaran ramai kerana seni bina berkonsepkan minimalis moden cantik.

Bukan sahaja menyediakan Asian dan Western, kafe ini juga menjadi port lepak dan santai untuk majlis kecil yang boleh memuatkan sehingga 50 orang pada satu masa.

block cafe

block cafe

Kepada mereka yang ingin singgah ke Kafe Block ini, jangan lupa untuk mencuba menu Ayam Penyet (Javanese Fried Chicken) yang merupakan menu signatur terkenal.

Alamat: No. 59-G, Lorong Perusahaan Ringan 1, Kawasan Perusahan Ringan Seri Gombak, Batu Caves, Selangor

KAFE BACKSTREET

Namanya sahaja sudah dikaitkan dengan elemen hipster kerana dihiasi corak tapak tangan dan tulisan menu secara kreatif ada dinding dengan menggunakan kapur putih.

backstreet cafe

backstreet cafe

Memang cantik foto yang dirakam berlatarbelakangkan hiasan seni yang dibuat sejak 2014 lagi sambil menikmati menu sajian disediakan.

Alamat: C-G-, Pekan 4, 19, Taman Seri Bayu Morib, Medan Seri Pekan, Banting, Selangor

KAFE DENALI & PINNACLES

Nah! Kafe terakhir yang SinarPlus ingin kongsikan pada minggu ini terletak di Bangi, Selangor dan memiliki dua ruang yang cukup ikonik pada bangunan dua tingkat itu.

Bonus buat pengunjung kafe ini apabila mereka dapat menikmati keindahan petang yang indah dengan konsep dekorasi bohemian yang menampilkan tekstur unsur-unsur segar alam semulajadi.

DENALI & PINNACLES

DENALI & PINNACLES

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor

Untuk mereka yang ingin berkunjung tetapi terpaksa merentas daerah, boleh simpan hasrat untuk singgah kafe unik ini selepas PKPB berakhir nanti ya? #janganputusasamalaysia

 

 

 

 

 

 

About Arziana Mohmad Azaman