STIK wagyu dan udang kara antara sajian yang dicari tatkala bergaji atau terlalu mengidam mahukan menikmatinya.

Persoalannya, di manakah lokasi yang berstatus halal dan diyakini di negara ini? Jika pembaca SinarPlus masih gagal mencari lokasi, kami cadangkan stereng kereta anda menghala ke Casa De Madani yang terletak di Malakat Mall, Cyberjaya.

Di sana, bukan sahaja menyajikan menu Eropah moden malah pemiliknya turut memenuhi selera orang ramai dengan kulinari cita rasa Asia.

Jemputan eksklusif pihak Casa De Madani memberi peluang kepada SinarPlus melihat sejauhmana ‘prestasi‘ restoran mewah berkonsepkan fine dining yang baru dibuka awal Ogos lalu.

casa de madani

Diminta memilih sama ada untuk menikmati daging atau udang kara, penulis memilih udang kara yang dihidangkan bersama spageti aglio oglio yang dimasak menggunakan minyak zaiton dan bawang putih garing.

Menu berkenaan tidak pedas namun empat gabungan keju yang diletak dan rasa udang yang segar dan kenyal membangkitkan rasa.

Sebagai seorang yang mempunyai ‘tekak Melayu‘, jika udang kara berkenaan dipadankan dengan nasi putih atau goreng, ia lebih menyelerakan.

Pun demikian, difahamkan antara makanan signature yang menjadi kegilaan ramai di sana adalah stik tomahawk dan wagyu termasuk udang kara. Kedua-duanya dimasak dengan ramuan herba terpilih.

casa de madani

Eksekutif Chef Kumpulan Malakat Mall, Mohd Shahrul Nizam berkata, cef Casa De Madani diketuai oleh Pengarah Kulinari Malakat Mall, Cef Mohamad Azizan Shukri yang merupakan antara 500 cef terbaik di dunia selain 14 cef hebat lain.

”Sajian makanan laut kami memang segar-segar, ada yang diimport dari Sabah dan ada yang dari luar negara.

Iklan

Contohnya, daging wagyu dibawa khas dari Jepun merupakan wagyu A5 yang berkualiti tinggi selain sumber laut dan sayuran dari negara empat musim yang sememangnya jarang didapati di Malaysia.

casa de madani

”Bukan itu sahaja, pihak kami juga menyediakan ‘Taylor Made Menu‘ yang mana pelanggan inginkan kejutan dan boleh minta apa sahaja hidangan yang tiada dalam menu,” katanya.

Iklan

Bagi mereka yang belum maklum, udang kara menjadi sajian paling laris disebabkan penangan lapan jenis keju yang digunakan seperti grana parano iaitu keju yang diperam selama 10 tahun lamanya.

Elemen kemewahan juga terserlah pada menu di restoran ini apabila hidangan pemanis mulutnya dihiasi dengan daun emas 24K yang boleh dimakan.

casa de madani