Makan bertambah dengan Ketam Bunga Masak Lemak Nenas Cili Api resipi turun-temurun keluarga cef ini

BERTEMAKAN Quan’s Bazar Selera, bufet Ramadan yang ditawarkan Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown sesuai untuk pencinta makanan laut.

Cef Saus, Cef Meor Muhammad Syahir Meor Sahaid berkata, daripada banyak sajian, Ketam Bunga Masak Lemak Nenas Cili Api wajib menjadi pilihan utama.

Masakan tidak, ia merupakan resipi warisan Minang turun-temurun keluarganya.

ketam bunga

Selain teknik masakan menggabungkan stail tradisional Melayu dan Cina, nanas jenis Josapine yang berkualiti tinggi dipilih untuk sajian tersebut yang dijamin membuatkan pelanggan makan bertambah.

Di Quan’s Bazar Selera juga, Cef Naem Ramli memberi pilihan kepada anda mencuba Ikan Botok-Botok, Asam Rebus Daging Panggang dan Udang Rendang Hijau.

ketam bunga

Iklan

Quan’s Bazar Selera

Alamat: 2 Jalan Balai Polis, Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mac hingga 21 April 2023
Menu signatur: Ketam Bunga Masak Lemak Nanas Cili Padi, Ikan Botok Botok, Asam Rebus Daging Panggang dan lain-lain
Harga: RM148 (dewasa)

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.