SAJIAN United by Food yang dipersembahkan oleh Sunway Resort Hotel & Spa ternyata menepis persepsi negatif ramai yang mengandaikan makan di hotel mewah perlu berbelanja mahal.

Hanya dengan bayaran RM58 untuk seorang, pengunjung boleh menikmati lebih 30 sajian bukan sahaja masakan Melayu dan Cina tetapi hasil sentuhan inspirasi Hawaiian, Lu‘au.

Tambah menarik, pakej Tiki-Licious Sunday Brunch yang hanya ditawarkan khas pada harga RM88 (dewasa) dan RM48 (kanak-kanak) juga tidak kurang hebatnya dengan aktiviti menarik hujung minggu.

bufet hotel

Baru-baru ini, SinarPlus dipelawa mencuba lebih 10 menu terbaik dalam United by Food. Makanan yang dihidangkan di atas meja membuatkan penulis rambang mata. Lebih mengujakan, persembahan setiap sajian sangat eksklusif.

Demi memenuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semua menu panas-panas disajikan terus kepada pengunjung.

Untuk United by Food, penulis mengesyorkan agar pengunjung menghilangkan rasa haus dengan meneguk minuman menyegarkan yang dinamakan Babalu Tai.

bufet hotel

Babalu Tai menggabungkan rasa masam lemon dan oren dengan asam boi dan Aloha Sunshine (campuran jus kranberi dan lemon dengan hirisan halia Ale).

Tiki Colada iaitu jus nanas yang digabungkan dengan krim kelapa muda dan Virgin Samoan Margarita (ais kisar campuran limau dengan potongan kiub epal dan oren) juga pilihan yang menarik.

bufet hotel

Ya! Caesar salad sebagai pembuka selera cukup menyelerakan dengan hirisan keju wheel dan pes ikan bilis perapan bersama minyak zaitun yang cukup rasa, masin dan masam yang sempurna.

Bagi penulis, kuah rendang dan percik yang digandingkan dengan sate ayam, daging dan kambing yang diperap dalam tempoh dua hari dengan herba tradisional cukup tersendiri.

bufet hotel

Untuk sate lilit Balinese dan kebab Turki juga sesuai dicicah dengan kuah percik. Tidak lupa menu signatur, daging bakar Churrasco yang lembut dan berjus.

Bagi mereka yang mencari nasi, jangan bimbang kerana hidangan nasi beriani buluh sentuhan tersendiri cef berpengalaman, pasti membuatkan anda teringat-ingat selain nasi goreng nanas yang melimpah-ruah yang diletakkan dalam buah itu.

bufet hotel

Cef Eksekutif Sunway Resort Hotel Sdn Bhd, Peter Lee berkata, pihaknya mahu mengembalikan keriangan dalam persembahan sajian istimewa ala Hawaiian buat pengunjung yang masih berdepan sekatan rentas negara dek kerana PKPP.

“Pihak hotel cuba membawa kelainan untuk semua dengan tawaran menu cukup istimewa bahkan diskaun 50 peratus untuk 25 pengunjung terawal setiap Isnin sehingga Jumaat bermula 12 tengah hari hingga 2.30 petang,“ katanya.

The Resort Café Sunway Resort Hotel & Spa

Iklan
  • Alamat: Persiaran Lagoon, Bandar Sunway , Selangor
  • Pakej: United By Food (RM58) dan ‘Tiki-Licious Sunday Brunch‘ (RM88 dan RM48)
  • Facebook: Sunway Resort Hotel & Spa
  • Instagram: @sunwayreshotel

Pilihan bufet yang disediakan Sunway Resort Hotel & Spa memang berbaloi dengan tawaran harga cukup murah.

Pun begitu, carian SinarPlus turut mendapati ada lagi hotel mewah menyajikan menu terbaik pada harga bawah RM100.

Selain hidangan signatur dan menu baharu, layanan yang diberikan juga bertaraf VIP. Paling penting, setiap hotel mematuhi garis panduan yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Berikut SinarPlus senaraikan pilihan tawaran bufet pada harga bajet sempena Jom Singgah:

The Federal Kuala Lumpur

bufet hotel

  • Alamat: 35, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • Pakej: Tiki Yam Lay Sek A La Carte Buffet Lunch & Dinner
  • Harga: RM60
  • Facebook: Federal At Bukit Bintang
  • Instagram: @TheFederalKL

Concorde Hotel Kuala Lumpur

Iklan

bufet hotel

  • Alamat: 2, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur,
  • Pakej: Weekend Buffet
  • Harga: RM50 (High-Tea) dan RM80 (Bufet makan malam)
  • Facebook: Concorde Hotel Kuala Lumpur
  • Instagram: @concordehotelkualalumpur

Shangri La Hotel Kuala Lumpur

bufet hotel

  • Alamat: 11, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
  • Pakej: Malaysian Themed Afternoon Tea Set
  • Harga: RM75 (Bermula jam 3 petang hingga 6 petang)
  • Facebook: Shangri-La Hotels and Resorts
  • Instagram: @shangrila

Dorsett Putrajaya

bufet hotel

  • Alamat: Presint 3, Putrajaya
  • Pakej: New Norm Buffet
  • Harga: RM58 (makan tengah hari) dan RM68 (makan malam)
  • Facebook: Dorsett Putrajaya
  • Instagram: @dorsettputrajaya