RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang cukup dekat di hati rakyat jelata lebih-lebih gaya yang bersahajanya dan mesra media sosial.

Setiap post yang dikongsikan menerusi akaun Instagram, @airtangan_tunkuazizah yang mempunyai 782,000 pengikut sentiasa menjadi perhatian warganet yang mengagumi personaliti Tunku Azizah yang rajin memasak.

Sedangkan post bergambar dengan Jalur Gemilang pun boleh buat netizan teruja, inikan pula video masak nasi goreng telur pecah yang ditambah lebihan ikan tenggiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on

Video berdurasi tujuh minit 58 saat itu menunjukkan bonda kepada empat putera dan dua puteri ini sedang memasak menu nasi goreng mentega berlada menggunakan kuali legend yang dibeli dari Lombok, Indonesia.

Rakaman video memasak yang menerima lebih 250,000 tontonan itu membuatkan ramai kecur air liur.

Ramai yang memuji masakan Tuanku Azizah yang menggunakan kuali mak-mak yang sememangnya rare.

tunku azizah

Dalam rakaman itu juga, Tunku Azizah yang menjadi kesayangan ramai itu sempat menunjukkan bahan-bahan yang digunakan seperti mentega, lada hidup yang ditumbuk dengan garam kasar sebelum dimasukkan empat biji telur ayam. Simple bukan?

“Biar telur itu ketul-ketul besar…kita masakkan dia. Ini nasi goreng Raja Iskandar. Hari ini ada lebih ikan tenggiri goreng. Kita pecah-pecahkan dia dan masukkan dalam nasi goreng saya.

Iklan

“Malam ini saya nak makan nasi goreng saja. Takut orang tak percaya saya masak, ni ada gelang. Nampak gelang?,” selorohnya dalam video tersebut.

Ujarnya juga, nasi goreng yang dimasaknya juga menjadi kegemaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang juga merupakan abangnya.

Rata-rata warganet memuji cara memasak Tunku Permaisuri Agong yang cukup sempoi dan sangat ‘biasa-biasa’.

Iklan

“Terbaekkk laaa kuali tuanku… Kuali legend mmg sedap wat nasik goreng….”

“Yeayyy..kuali kita sama je..Allahuakhbar..Ampun Tuanku..Tuanku sangat ‘biasa-biasa ‘ dlm banyak perkara…”

Ada juga yang tidak ketinggalan berkongsi pandangan mengenai resipi orang lama yang masih relevan bahkan ada teringat dengan kenangan bersama arwah mak.

tunku azizah

“Resepi orang lama. Nasi goreng letak lebihan ikan tak habis. Memang sedap & tidak membazir.”

“Ampun tuanku. Teringat patik kepada arwah mak patik bila melihat kuali tuanku. Ampun tuanku.”