SEKIRANYA berada di pusat beli-belah, kita pasti akan pening kepala untuk memilih tempat makan.

Namun, akhirnya medan selera akan menjadi pilihan disebabkan banyak variasi makanan yang boleh dipilih, selain suasananya yang meriah sekali gus membangkitkan selera untuk makan.

Jika pembaca berada di Suria KLCC, Kuala Lumpur singgahlah di Medan Selera Signatures Suria KLCC, nescaya sesiapa pun akan berpuas hati.

Baru-baru ini, kru SinarPlus dipelawa melihat sendiri transformasi yang dilakukan pihak pengurusan.

medan selera

Secara keseluruhannya, terdapat 23 kedai makan, enam kios dan tujuh restoran yang menawarkan menu signatur masing-masing.

Antara singgahan utama SinarPlus adalah di tiga buah kedai makan yang sememangnya lain daripada lain iaitu di Ken-Chan Curry, Ahh-Yum by Kampong Kravers dan Sizzles.

medan selera

medan selera

Menikmati sajian istimewa di Ken-Chan Curry membuatkan penulis teruja apabila mereka membawakan masakan kari yang diterbangkan khas dari Jepun.

Menariknya, pengusahanya masih menerapkan cita rasa masyarakat tempatan.

Antara rekomendasi kami adalah set Teriyaki Chicken Omelette Rice. Ia dilengkapi dengan kuah sos manis yang serasi dinikmati bersama telur dadar yang enak.

medan selera

Pengurus Operasinya, John Kuek berkata, pihaknya mahu berkongsi keenakan kari asli Jepun yang diolah mengikut kehendak tempatan.

“Resipi asal kari Jepun sebenarnya lebih manis tapi diubah supaya lebih pedas sedikit dan pada masa sama, kami menggunakan serbuk rempah tempatan.

“Cef kami mengambil masa lebih kurang sebulan untuk dapatkan rasa orang kita,” ujarnya.

medan selera

Sementara itu, Pengurus Ahh-Yum by Kampong Kravers, Asrul Effendi Aris berkata, pihaknya menawarkan menu istimewa iaitu Nasi Bunga Telang Ahh-Wsome!

“Ia digandingkan dengan ayam berempah yang diperap semalaman menggunakan 18 jenis rempah terpilih untuk mendapatkan rasa rempah pada setiap gigitan.

medan selera

“Untuk memilih kuah, pelanggan diberikan opsyen iaitu kuah masak lemak cili padi, kari kampung, asam pedas atau kung pao, selain hidangan sampingan seperti acar sayur, telur masin, sambal belacan dan papadom,” beritahunya.

Selepas itu, kru SinarPlus beralih ke premis Sizzles yang menyajikan menu berasaskan sizzling dan claypot panas pula.

Iklan

medan selera

Sememangnya, tidak sah kalau tiada masakan panas seumpama itu di setiap medan selera di Malaysia. Namun, kami boleh merumuskan bahawa Sizzles antara lokasi yang terbaik.

Menurut Pengurus Sizzles, Raymond Lim, pihaknya begitu teliti dan tidak sembarangan dalam soal penyediaan makanan signatur mereka.

“Demi kepuasan pelanggan, resipi kuah sizzling kami cukup pekat, likat, mempunyai rasa yang seimbang.

medan selera

“Disebabkan itu, kehadiran pelanggan memang tidak putus-putus. Itu sebab jenama kami telah bertahan sejak lebih 10 tahun,” katanya.

Medan Selera Signatures Suria KLCC

Iklan
  • Alamat: Level 2, Suria KLCC, Kuala Lumpur
  • Menu signatur: Ken-Chan Curry, Ahh-Yum by Kampong Kravers dan Sizzles
  • Harga: RM9.90 hingga RM24.90
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam

medan selera

Selain di Medan Selera Signatures Suria KLCC, terdapat beberapa medan selera lain yang terkenal kerana menyediakan juadah viral seperti mi udang, roti canai sarang burung dan mi kari ketam.

Pada minggu ini, Jom Singgah mencadangkan dua lokasi medan selera lain untuk pembaca SinarPlus kunjungi. Namun, jangan lupa patuh prosedur operasi standard yang ditetapkan.

medan selera

Medan Selera Pasar Moden SS15 Subang Jaya

  • Alamat: Jalan SS 15/8A, SS15, Subang Jaya, Selangor
  • Menu signatur: Mi Udang Zaffy Platters dan Mi Kari Ketam Markonah Food & Co
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 10 malam

medan selera

Medan Selera Malakat Mall

  • Alamat: Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, Selangor
  • Menu signatur: Roti Canai Sarang Burung The Tarik Corner, Bunch Oh dan Ayam Kampung Lejen
  • Waktu operasi: 8 pagi hingga 10 malam