KHAS untuk peminat Marrybrown, jenama itu baru-baru ini tampil dengan hidangan yang pasti akan memikat selera anda semua.

K-Crunch Marrybrown yang diinspirasikan daripada cita rasa Korea dengan gabungan rasa pedas dan manis merupakan menu yang wajib dicuba.

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew berkata, pihaknya gembira kerana dapat menampilkan kelainan baharu kepada rakyat Malaysia.

“Memandangkan budaya Korea semakin mendapat tempat di negara ini dan secara tidak langsung, ia memperlihatkan rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk merakam detik-detik manis K-Pop.

Kredit foto: Marrybrown

“Kami di Marrybrown turut dipengaruhi gelombang berkenaan dalam penyediaan makanan dengan sentuhan tempatan yang menjadikannya lebih menarik,” katanya.

Mengulas lanjut, Joshua berkata, K-Crunch merupakan hidangan sensasi yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti.

Gorengan ayam yang rangup dan disaluti dengan sos Gongjeong pasti akan membuatkan selera anda makin bertambah.

PELBAGAI PILIHAN

Untuk menikmati sajian terkini itu, para pelanggan boleh memilih K-Crunch Combo yang didatangkan dengan dua ketul ayam rangup bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa ‘yuzu’ serta markisa pada harga bermula RM20.90.

Buat peminat hidangan burger pula, anda boleh dapatkan K-Crunch Chicken Burger Combo yang turut didatangkan bersama set kentang dan minuman K-Fizz dengan harga bermula RM16.90.

Kredit foto: Marrybrown

Sekiranya kalian meminati sajian Kimchi, apa kata cuba pesan Kimchi Rice Bowl Combo (harga bermula RM13.10).

Pun demikian, jika ingin menikmati kesemua hidangan dalam satu set, boleh dapatkan K-Crunch Box Meal (harga bermula RM26.50).

 

Iklan

Hi

Kredit foto: Marrybrown

dangan berkenaan lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, seketul K-Crunch Chicken, dua ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz.

Bagi menambah kelazatan hidangan Korea, orang ramai boleh menambah menu K-Crunch Chicken Dumpling dan Cheesy Sausage.

Iklan

Jadi apa tunggu lagi, jom serbu cawangan Marrybrown yang berdekatan untuk menikmati hidangan yang mengujakan itu!

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://marrybrown.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi