SUDAH penat seharian bekerja, pasti para ibu dan ayah cuba mencari tempat makan ideal demi menghibur dan meluangkan masa bersama anak-anak pada cuti hujung minggu.

Selain pilihan sajian enak, sudah tentunya dekorasi dan reka bentuk premis yang lain daripada lain menjadi kriteria pemilihan kita untuk datang ke restoran atau kedai makan.

Kali ini, SinarPlus mencadangkan orang ramai untuk menjejaki restoran bertemakan sampan atau perahu.

Apa yang boleh dikatakan, setiap daripada lokasi telah diubah suai menjadi bahtera yang sememangnya cantik dan setiap sudut boleh dijadikan lokasi untuk bergambar.

Berikut tiga tempat istimewa bertemakan sampan dan perahu yang mencuri tumpuan SinarPlus melalui carian media sosial:

sampan

1. Sampan Seafood & Shellout JB Style

  • Alamat: No. 18, Jalan Ekoperniagaan 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor
  • Waktu operasi: 4 petang hingga 11 malam
  • Facebook: Sampan Seafood & Shellout JB Style

Baca juga 5 port makan tepi pantai wajib singgah, kreatif tawarkan konsep unik dan kulinari enak

sampan

2. D’Sampan Seafood & Ikan Bakar

  • Alamat: Persiaran Bayan Mutiara 3, Batu Uban, Georgetown, Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 11 hingga 1 pagi
  • Facebook: D’Sampan Seafood & Ikan Bakar

sampan

3. Dperahu Seafood

  • Alamat: Taman Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu operasi: 5 Petang hingga 12 malam
  • Facebook: Dperahu Seafood – Shahbandar

Memang menarik! Khas untuk peminat makanan laut, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi senarai destinasi yang dinyatakan.

sampan

Jika anda yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, pilihan gerai berbentuk sampan juga ditawarkan di Pantai Remis, Kuala Selangor.

Sambil membeli-belah ikan, sotong, lala dan udang di Tapak Penjaja Pantai Remis, bawalah anak-anak bermain layang-layang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan