MISI jalan-jalan cari makan buat si kecil akan bermula tidak lama lagi selepas semua sekolah mengumumkan cuti penggal ketiga.

Jika mengikut kalendar akademik sesi 2022/2023, takwim sekolah mengikut kumpulan A dan B akan bermula pada 9 dan 10 Disember nanti.

Jika dihitung, hari pelepasan untuk penghujung tahun itu lebih tiga minggu lamanya dan sudah tentu ramai yang merancang untuk pulang ke kampung.

Bagi mereka yang hanya mempunyai masa hujung minggu untuk berlibur, apa kata bawa anak-anak menikmati juadah enak di tempat yang mampu mengujakan mereka.

Kafe atau kedai makan yang lengkap dengan sudut taman permainan indoor boleh membuatkan hari mereka penuh bermakna.

kafe kanak-kanak
SUMBER foto Pexels.

Boleh dikatakan kafe moden lengkap dengan playground semakin diminati ramai, apatah lagi kawasan tempat bermain yang luas dan dijamin selamat.

Puas bermain dan bermandi peluh, si kecil boleh merehatkan diri dan menikmati juadah yang disediakan seperti piza, pasta, sandwich dan salad.

Baca juga 4 lokasi ice-skating mengujakan, pilihan liburan cuti hujung minggu buat si kecil

Untuk ibu bapa atau penjaga yang menunggu, pelbagai sajian enak ala Barat dan Korea ditawarkan buat mereka. Ruang makan pun nampak selesa.

kafe kanak-kanak

Carian SinarPlus mendapati, banyak tempat makan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menyediakan fasiliti tersebut pada harga berpatutan.

Berikut info menarik mengenai lima lokasi makan-makan mesra kanak-kanak dengan tarikan tersendiri:

kafe kanak-kanak

1. Kids Nation
Alamat: 08, Jalan Kiara, Mont Kiara, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam
Harga: RM80
Facebook: Kids Nation
Instagram: @kidsnation.kiara163

kafe kanak-kanak

Baca juga 5 lokasi liburan si kecil, destinasi nombor 4 memang berbaloi untuk cungkil kreativiti

2. MKNoriter
Alamat: B-1-12, Palaza Arkadia, Desa Park City, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 3 petang hingga 10 malam
Harga: RM70
Facebook: Mknoriter

kafe kanak-kanak

Iklan

3. Big Daddy Little Chefs @Happikiddo
Alamat: Quill Mall, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Harga: Bermula RM10
Facebook: Big Daddy Little Chefs

kafe kanak-kanak

4. The Little Owl Korean Cafe
Alamat: Publika A3-U1-1, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 5 petang
Harga: Bergantung kepada pakej
Facebook: The Little Owl Korean Cafe
Instagram: @thelittleowl_kl

kafe kanak-kanak

5. Out Of Africa
Alamat: No1, Lorong Sultan, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
Harga: Bergantung kepada pakej
Facebook: Out Of Africa Restaurant & Kudu Bar
Instagram: @outofafricamalaysia

kafe kanak-kanak

Iklan

Bagi si kecil, cukup mudah untuk mengambil hati mereka dengan bersantai di tempat penuh dengan permainan.

Lagi menyeronokkan jika kafe tersebut mempunyai binaan halangan, papan gelongsor atau trampolin gergasi.

kafe kanak-kanak
SUMBER foto Pexels.

Jadi, buat ibu-ibu yang sedang mencari tempat makan terbaik untuk anak, bolehlah pilih mana-mana yang berkenan di hati.

Selamat berhujung minggu!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi