BAGI golongan yang mengamalkan pemakanan sihat, sudah tentu mereka akan menolak untuk menjamah sajian berasaskan santan dan berminyak.

Kebanyakannya lebih cenderung untuk makan sayur-sayuran, buah-buahan, makanan organik dan kurangkan protein.

Namun, kalau hari-hari menu yang sama sahaja, memang bosanlah kan?

Ketika melayari media sosial, SinarPlus terjumpa satu hantaran seorang pengguna Facebook, Afy Al Habibi.

Kredit foto: Afy Al Habibi

Beliau telah berkongsi resipi Kerabu Sotong Thai yang mengiurkan

Menurutnya, makanan itu merupakan menu diet yang beliau amalkan.

“Gabungan rasa manis, masin, masam dan pedas memang sedap, segar dan sihat. Puas hati kerana boleh hasilkan sendiri hidangan ini,” ujarnya.

Setelah meneliti ramuan yang digunakan, tidak dapat dinafikan Afy Al Habibi menggunakan bahan-bahan segar dan baik untuk kesihatan.

Baca juga: Satu bungkus roti bonanza boleh hasilkan 6 bekas puding roti yang enak dan berlemak

Kiranya, memang sesuailah kepada anda yang mahu berdiet.

Kredit foto: Ronny Siegel

Berikut ramuan dan cara penyediaan:

Bahan-bahan

– 3 ekor sotong bersaiz besar
– 1 biji mempelam lemak
– 1/6 setiap jenis lada benggala
– 1/3 bunga kantan
– 1/3 lobak merah
– 3 biji tomato ceri
– 1 batang serai
– 1 batang daun ketumbar
– 1 biji bawang merah
– 1/4 bawang besar
– 4 tangkai cili padi merah dan hijau
– 2 sudu besar kicap sotong
– 1 sudu besar sos tiram
– 3/4 sudu besar gula perang
– 1/3 sudu besar garam bukit
– 3 hirisan lemon (diperah)
– Secubit serbuk lada hitam
– Sedikit cili flakes

Cara penyediaan:

Iklan
Kredit foto: Afy Al Habibi

1. Cuci dan potong halus sotong.
2. Hiris halus mempelam, lada benggala, bunga kantan, lobak merah, serai, cili, daun ketumbar, bawang merah dan bawang besar. Kemudian potong dua tomato ceri.
3. Masukkan kicap sotong, gula perang, garam bukit ke dalam mangkuk besar dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan perahan lemon, serbuk lada hitam dan cili flakes. Gaul sehingga sebati.
5. Seterusnya, masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dihiris ke dalam mangkuk pes kerabu dan gaul sehingga rata.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit foto: Afy Al Habibi

Lihat, senang sungguh nak masak Kerabu Sotong Thai. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati.

Jadi apa tunggu lagi, jomlah cuba buat kerabu itu pada hujung minggu ini.

Kalau nak makan begitu sahaja pun okey, tapi makan dengan nasi panas, lagi best! ✌️

Iklan

Baca juga: Tak pandai masak pun boleh buat. Hanya guna tiga bahan, kuih Apam Baghdad boleh buat mak mertua sayang

Baca juga: Pankek ‘gebu-gebas’ ala restoran makanan segera, bancuhan tepung mesti pekat, likat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi