TREND makan dalam talam semakin ‘menjadi-jadi’ sehinggakan nasi lemak pun dibuat dalam bentuk yang sama.

Lazimnya, sajian kegemaran rakyat Malaysia itu disediakan cukup-cukup untuk seorang makan dengan lauk sampingan wajib seperti telur rebus, sambal ikan bilis, timun dan kacang tanah goreng.

Namun, sekarang ini selera pelanggan lebih terarah kepada side dish yang pelbagai termasuklah sotong dan udang goreng tepung, cendawan goreng dan chicken pop corn.

Tambah menarik, sesetengah pengusaha menambah lagi seri nasi lemak mereka dengan lauk seperti udang kara, kulit ayam rangup, baby crab, chicken chop dan banyak lagi.

nasi lemak talam

Para pengusaha era ini memang sehabis baik mempelbagaikan menu tambahan untuk menarik perhatian ramai.

Antaranya dengan menyediakan makanan dalam bentuk dulang atau talam.

Memang puas hatilah kalau satu set tersebut boleh dimakan bersama tiga hingga empat orang.

Carian SinarPlus di media sosial juga mendapati, ramai sebenarnya usahawan cuba membawakan kelainan tersendiri.

Berikut premis yang ada boleh singgah kalau berkesempatan:

nasi lemak talam

1. Platter Nasi Lemak Cik Happy & Cik Marah
Alamat: ThePort MY, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Bermula jam 6 petang
Harga: Bermula RM4 hingga RM50
Facebook: OG Street Kitchen by Gengcikmak

nasi lemak talam

2. Nasi Lemak Dulang
Alamat: Lot 158408, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 4 petang hingga 2 pagi
Harga: Bermula RM9
Facebook: Ipoh night market

Baca juga Roti Wrap Nasi Lemak, Roti Canai Biawak dan Roti Berlauk bikin gerai Abang Terbang sentiasa penuh. Ini rahsianya

nasi lemak talam

3. Nasi Lemak Selera Gergasi
Alamat: A14, Lorong Lengkok Kanan 22, Tanah Putih, Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 6 petang hingga 1 pagi
Harga: RM5 hingga RM38
Facebook: Selera Gergasi

nasi lemak talam

4. Nasi Lemak Talam
Alamat: MesaMall, Lot 13865, Persiaran Ilmu BBN Nilai, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Harga: RM12.90 hingga RM16.90
Facebook: MesaMall Malaysia

nasi lemak talam

5. Nasi Lemak Krabster
Alamat: Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 4.30 petang hingga 12 malam
Harga: RM13 hingga RM130
Facebook: Nasi Lemak Krabster
Instagram: @nasilemakkrabster

Jadi, sempena cuti sekolah ini, bolehlah singgah mana-mana destinasi yang disenaraikan jika berhampiran.

Bukan setakat ibu bapa, anak-anak pun teruja nak jamah hidangan penuh dengan lauk istimewa. Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi