SEKALI sekala, menikmati juadah berbuka puasa dengan bonus pemandangan indah matahari terbenam dari tingkat lima di Latest Recipe, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur memang mengujakan.

Ditambah lagi dengan ‘kemeriahan’ lebih 200 sajian enak yang dimasak oleh Cef Sous Eksekutif, Cef Budiman Bistari bersama pasukannya.

Antara menu yang dicadangkan untuk dimakan adalah seperti Tandoori Murgh, Bubur Lambuk Harraz Tumis Darat, Mi Udang Bakar, Rendang Batang Pinang Kerbau Daun Salam, Sira Nanas Asam Bercili Kerabu, Sup Tulang Rawan Songkla dan Laksa Kuah Kuning Kemanggi Ikan Tongkol.

Jemput Santap! Buffet Dinner 2022

Menurut Cef Budiman, bertemakan Jemput Santap! Buffet Dinner 2022, setiap tujuh menu utama akan disediakan secara bergilir termasuk masakan Barat dan Jepun, selain demonstrasi masakan secara langsung kepada pengunjung.

“Pakej sahur turut disediakan dengan tiga pilihan menu pagi yang boleh dipilih iaitu set makanan sihat, Melayu dan kampung,” katanya.

Baca juga Mengiurkan, udang galah masak lemak tumpuan sajian berbuka di Le Quadri Kuala Lumpur

Iklan

Pihak hotel turut menyajikan hamper berupa kotak kayu dipenuhi biskut raya, baklava, coklat, kurma dan kek yang boleh dihadiahkan kepada insan tersayang, ujar beliau.

Jemput Santap! Buffet Dinner 2022

Jemput Santap! Buffet Dinner 2022

  • Alamat: Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur, 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur
  • Waktu: 6.30 petang hingga 10.30 malam
  • Tarikh: 3 April hingga 7 Mei 2022
  • Menu signatur: Tandoori Murgh, Bubur Lambuk Harraz Tumis Darat dan Mi Udang Bakar
  • Harga: RM188 (dewasa) dan RM94 (kanak-kanak 5 hingga 12 tahun)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Iklan

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI