KEHANGATAN raya masih lagi terasa walaupun ramai yang sudah mula masuk bekerja dan menjalankan rutin harian seperti biasa.

Memasuki minggu kedua dan seterusnya, pasti ramai yang bercadang untuk membuat rumah terbuka untuk ahli keluarga dan sahabat-handai.

Di samping sajian lauk-pauk, apa kata kali ini SinarPlus kongsikan kepada kalian biskut yang sedang viral ini.

Kiranya jadi kudapan atau pencuci mulut selepas menikmati hidangan berat.

SinarPlus pasti, si kecil termasuk orang dewasa sekali pun mesti sukakan Nutella Button Cookies yang coklat yang comel dan sedap ni.

Jom kita ikuti bahan-bahan dan cara penyediaan yang dikongsikan di laman Facebook Siti Khadijah Mohamad.

Siti Khadijah menggunakan resipi sukatan cawan yang boleh menghasilkan 70 hingga 80 biji biskut mini itu.

Berikut antara bahan-bahan dan cara penyediaannya Nutella Button Cookies yang dikongsikan beliau di laman Facebooknya:

BAHAN A

125 gram mentega

2 sudu besar gula aising

1 biji telur

Esen vanila

Coklat emulco (pilihan)

1 sudu besar tepung jagung

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu besar susu tepung(pilihan)

1½ cawan tepung gandum

½ sudu kecil serbuk penaik

BAHAN B

Susu cair

Nutella Spread

Badam cincang

Cara penyediaan:

Iklan

1. Satukan mentega dan gula aising. Kacau sebati.

2. Kemudian, masukkan telur dan kacau rata.

3. Masukkan esen vanila, tepung jagung, serbuk koko dan susu tepung. Kacau rata.

4. Seterusnya, masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Uli sehingga menjadi doh.

5. Bulat-bulatkan doh tadi. Masukkan ke dalam susu cair. Angkat guna garfu dan ratakan badam cincang ke atas kuih. Angkat dan buat lubang kat tengah untuk nutella spread nanti.

6. Bakar dalam oven suhu 180 darjah selcius selama 10 ke 20 minit. Keluarkan dan letakkan Nutella.

7. Selepas itu, masukkan semula ke dalam ketuhar selama lima minit.

8. Keluarkan dan tunggu sehingga sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

Iklan

Senang kan nak buat biskut Nutella Button Cookies ini?

Kalau namanya coklat, pasti sekejap sahaja bekas kuih itu kosong!

Nasihat kami, kalau nak buat rumah terbuka, kenalah buat dalam kuantiti banyak.

Selamat mencuba.

Baca juga Bosan dengan juadah nasi putih? Boleh cuba resipi mudah Nasi Hujan Panas

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI