Paling enak dan sedap, Creamy Cheesy Butter Prawn air tangan wanita ini bikin teringat-ingat

KALAU menjamu selera di restoran yang menyajikan hidangan makanan laut, kebanyakan daripada kita sudah tentu memesan masakan butter prawn.

Butter prawn seolah-olah juadah wajib yang perlu ada kerana rasanya yang manis dan sedikit masin menjadi pelengkap makanan.

Penulis yakin pasti ramai pembaca SinarPlus yang begitu menyukai lauk berkenaan, lebih-lebih lagi jika udang yang digunakan segar dan baharu.

Perghhh… memang terliur habislah membayangkan keenakan rasa butter prawn.

SinarPlus ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna media sosial, Facebook, Suzana Othman kerana sudi berkongsi resipi Creamy Cheesy Butter Prawn yang begitu menggiurkan.

Menerusi hantaran tersebut, Suzana berkata, untuk menghasilkan hidangan itu tidak susah, tetapi untuk membuat jerami telur agak rumit sedikit. Jika tersalah langkah, hasil tidak akan menjadi.

Berikut bahan-bahan dan cara memasak:

Bahan-bahan udang goreng

– 1 kilogram udang (BELI DI SINI)
Garam (BELI DI SINI)
Kunyit (BELI DI SINI)
– 1 senduk tepung bestari (BELI DI SINI)
– Air

Bahan-bahan sos creamy cheesy

– 4 ulas bawang putih (cincang halus) (BELI DI SINI)
– 4 tangkai daun kari (BELI DI SINI)
Cili padi (potong kasar) (BELI DI SINI)
Mentega (BELI DI SINI)
Susu cair (BELI DI SINI)
– 1 sudu kecil serbuk lada sulah (BELI DI SINI)
– 1 sudu kecil gula (BELI DI SINI)
– 1 sudu kecil serbuk pati ayam (BELI DI SINI)
– 4 keping keju (BELI DI SINI)
– 4 biji kuning telur (BELI DI SINI)

Iklan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian goreng udang hingga masak. Tos dan ketepikan.
  2. Seterusnya, panaskan minyak bersama mentega. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan daun kari dan cili padi.
  3. Kemudian, masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam
  4. Langkah seterusnya, masukkan kepingan keju ke dalam masakan dan kacau sehingga keju mencair dan sebati bersama. 
  5. Apabila masakan sudah mendidih, masukkan udang yang telah digoreng sebentar tadi dan gaul rata. Tutup api dan biarkan sebentar. 
  6. Seterusnya, panaskan minyak dan ½ mentega jenis Buttercup dan pukul kuning telur di dalam mangkuk. 
  7. Apabila minyak sudah panas, perlahankan semula api. Guna senduk seperti dalam gambar.
  8. Kemudian, angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan, kacau dengan laju membentuk bulatan untuk mendapatkan tekstur jerami telur yang halus. 
  9. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api dan toskan sehingga jerami telur kurang berminyak. 
  10. Langkah terakhir, letakkan jerami telur di atas hidangan udang yang telah dimasak. 
  11. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja nak masak Creamy Cheesy Butter Prawn versi Suzana, cuma teknik memasak jerami telur yang perlu diberi lebih perhatian.

Kalau nak peroleh hasil yang sama seperti air tangan wanita itu, jangan abaikan dan ingkar dengan langkah-langkah masakan itu. Apa tunggu lagi, jom cuba!

Iklan

Baca juga: Hanya 4 bahan diperlukan untuk hasilkan Cinnamon Roll. Memang kecur air liur tengok!

Baca juga: Gembirakan si kecil dengan masak makaroni goreng bersama taburan keju. Paling senang nak buat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi