SEMPENA Hari Pankek yang disambut setiap 1 Mac lalu, pelbagai promosi menarik ditawarkan kepada peminat pankek di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Meskipun tarikh keramat berkenaan sudah berlalu, namun tidak salah untuk mengenang semula keenakan sajian ringkas itu yang memang sesuai untuk dijadikan sebagai menu berbuka puasa atau moreh.

Apabila sebut mengenai hidangan tersebut, kita membayangkan kepingan gebu yang dicurah dengan manisan seperti madu atau disapu mentega seperti yang selalu kita lihat menerusi rancangan di televisyen antarabangsa.

pankek

Pun begitu, uniknya di Malaysia, kita dapat melihat pelbagai jenis, bentuk dan nama pankek yang menjadi kegemaran masyarakat berbilang kaum.

Justeru itu, Grab Malaysia membawakan sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu empat jenis pankek versi Malaysia yang cukup popular.

Barangkali ramai juga tidak tahu asal usul makanan tersebut dan berikut perinciannya:

pankek
Sumber: Flickr.

1. Apam Balik

  • Percaya atau tidak sebenarnya asal usul apam balik dari China?
  • Dikatakan satu ketika dahulu, seorang pendatang dari China bernama Zuo Zongtang atau dikenali dengan nama Jeneral Tso dari Dinasti Qing yang memperkenalkan makanan ini.
  • Dikenali dengan nama Ban Chien atau lempeng kacang Cina, ia diperbuat daripada adunan tepung, telur, mentega atau marjerin, gula, baking soda, santan dan air.
  • Pankek ini dimasak di atas kuali panas dan diisi dengan beberapa kacang tanah yang dihancurkan, jagung krim, dan gula.
  • Apabila permukaan bawah bertukar warna coklat, apam dilipat separuh dan dipotong menjadi kepingan kecil.

Baca juga Grab tambah peluang pekerjaan, perniagaan untuk belia

pankek
Sumber: Wikimedia Commons.

2. Appam

  • Jangan keliru dengan apam balik walaupun namanya seakan-akan sama.
  • Appam atau dipanggil hoppers dipercayai berasal dari India Selatan.
  • Bentuknya seperti kuali mini yang enak dimakan untuk sarapan pagi, minum petang atau malam malam.
  • Bulan puasa ini memang sesuai dijadikan juadah berbuka atau moreh.
  • Cara membuatnya agak unik kerana beras bersama bahan lain perlu diperap terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa masam.
  • Kemudian boleh digoreng menggunakan kuali hingga garing keemasan.

Baca juga Pelbagai menu mampu penuhi selera anda di GrabFood 

pankek

3. Roti Jala

  • Kisah menarik mengenai roti jala yang mungkin ramai tidak tahu.
  • Menurut cerita, makanan ini dicipta secara kebetulan apabila seorang wanita secara tidak sengaja mencedok adunan berair dengan senduk berlubang.
  • Aduan tersebut bertukar menjadi jaringan pada kuali ketika dimasak.
  • Kepingan yang digulung cantik memang sedap dimakan bersama kuah kari.
  • Bahan untuk membuat roti jala cukup mudah dengan serbuk kunyit dicampur dengan tepung, garam, telur, minyak dan air.
  • Petua untuk menjadikan jaringan jala yang cantik, selain pergelangan tangan dilonggarkan ketika ‘melukis jala’, aduan perlu dituang secara membulat ketika memasaknya.

pankek

4. Kuih dadar (ketayap)

  • Antara juadah popular dijual di pasar malam, pasar pagi atau bazar Ramadan.
  • Kuih dadar atau dipanggil ketayap ini sebenarnya versi lempeng Melayu berperisa pandan dan digulung bersama isi kelapa parut manis.
  • Bahan yang diperlukan hanya kelapa parut, gula melaka dan air untuk inti, manakala untuk adunan pula, tepung gandum, garam, telur, pati perisa pandan, santan dan minyak.

Semuanya enak bukan? Tidak sempat untuk membeli bahan-bahan untuk membuatnya sendiri kerana tuntutan kerja?

grab

Iklan

Tiada masalah kerana GrabFood mempunya pilihan menu pankek yang diinginkan. Hanya pesan di hujung jari, makanan akan sampai terus ke pintu rumah.

Baca juga GrabPay galakkan penerimaan tanpa tunai dalam kalangan belia melalui ePemula

Jika tidak berkesempatan untuk membeli bahan-bahan masakan, tempahan barangan melalui GrabMart pun boleh. Hanya bayar melalui GrabPay, semua masalah dapat diselesaikan.

Dengan GrabPay, kalian boleh menikmati GrabRewards untuk setiap transaksi pembelian.

Iklan

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan menu kegemaran kalian hanya melalui GrabFood dan GrabMart!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI