SEKIRANYA pembaca SinarPlus berada di sekitar Sungai Petani, Kedah, anda wajib singgah ke Restoran Ayam Goreng Thor yang terletak berhadapan dengan Hospital Pakar Metro Sungai Petani.

Rekomendasi itu dibuat kerana kelazatan pada setiap menu yang disediakan. Lebih menarik, harga pada setiap makanan di premis itu berbaloi dengan kesedapannya.

Pemiliknya yang juga merupakan pasangan suami isteri, Mohd Zaki Salleh dan isterinya, Maliza Abdul Malik berkata, antara menu yang menambat hati orang ramai adalah Set Thor yang terdiri daripada nasi putih, ulam segar, sambal belacan padu, kuah gulai dan ayam goreng Thor.

“Ayam goreng Thor inilah kekuatannya, ia diperap dengan rempah-ratus yang terpilih dan akan digoreng panas-panas setiap kali ditempah pelanggan.

Ayam Goreng THOR

“Di samping itu, sambal belacannya diperbuat daripada belacan segar. Jadi, mereka yang mempunyai resdung boleh makan tanpa bersin. Kuah gulai kami juga disediakan dengan resipi istimewa,” kata Mohd. Zaki.

Tidak cukup dengan itu, menu masakan Barat yang dinamakan Chicken Chop Terbesaq di Sungai Petani juga antara sajian paling banyak dipesan. Harganya cuma RM12.90 sahaja lengkap dengan coleslaw, kentang goreng, salad, tiga pilihan sos dan kuah lada hitam yang likat, pekat dan menyelerakan!

Apa lagi yang ditawarkan di Restoran Ayam Goreng Thor? Jawab Mohd Zaki, terdapat banyak lagi pilihan yang kesemuanya boleh membuatkan pelanggan datang berkali-kali ke premisnya.

Ayam Goreng THOR

Ayam Goreng THOR

Iklan

Antaranya adalah set nasi ayam Thor, char kuetiau, ayam panggang, lamb chop, meatball, set bawal dan keli termasuk set talam famili bersaiz jumbo. Purata harga makanan bermula dari RM4 hingga RM54.90.

Ujar bapa kepada tiga cahaya mata itu, pihaknya sentiasa memastikan kualiti masakan berada pada tahap terbaik.

Ayam Goreng THOR

Iklan

“Prinsip perniagaan kami memang mengutamakan kepuasan pelanggan. Kami hanya akan berikan yang servis tip top dari segi saiz, rasa dan persembahan makanan.

“Sejak premis ini dibuka pada tahun 2019, alhamdulilah, rata-rata pelanggan berpuas hati dengan makanan di restoran ini terutama saiz ayam yang kami sediakan,” kata anak jati Sungai Petani, Kedah itu.

Bagi mereka yang ingin menikmati pelbagai menu Restoran Ayam Goreng Thor di rumah, perkhidmatan penghantaran juga disediakan untuk lokasi sejauh 15 kilometer.