RATA-RATA pasti tidak akan menolak sekiranya masakan berasaskan kambing dihidangkan di depan mata, apatah lagi pada majlis iftar.

Kepada yang masih tidak tahu lokasi sesuai untuk menikmati sajian itu, SinarPlus mencadangkan agar anda segera membuat tempahan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam, Selangor.

Penulis dapat rumuskan, menu yang dinamakan sebagai Smoke Hickory Roasted Whole Lamb memang menambat rasa. Ia tersenarai antara salah satu makanan dalam Bufet Ramadan Antarabangsa hotel itu.

pilihan berbuka puasa

Kambing panggang berkenaan difahamkan dibakar selama dua jam menggunakan kayu pokok rambutan. Kepada yang mahu menikmati daging itu begitu sahaja juga enak. Namun, pihak hotel memberi empat pilihan sos iaitu lada hitam, rosemary, cendawan dan pudina.

Sekiranya pelanggan mempunyai bajet lebih, boleh menempah biskut raya dengan cita rasa premium.
Ia juga dipakejkan dalam bentuk hamper yang elegan sekali gus boleh dihadiahkan kepada ibu bapa atau rakan taulan.

pilihan berbuka puasa

Bufet Ramadan Antarabangsa Mardhiyyah Hotel & Suites

  • Alamat: Mardhiyyah Hotel & Suites, No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
  • Waktu: 7 hingga 10 malam
  • Tarikh: 13 April hingga 12 Mei 2021
  • Menu signatur: Smoke Hickory Roasted Whole Lamb
  • Harga: RM99 (dewasa), RM 79 (warga emas, 60 tahun ke atas) dan RM 59 (kanak-kanak, 4 tahun hingga 11 Tahun)

Santapan Barokah beri ruang privasi

JIKA tidak gemar bersesak-sesak ketika berbuka di restoran ataupun di hotel, SinarPlus cadangkan agar anda berkunjung ke Dorsett Grand Subang, Selangor.

Menariknya tentang hotel itu, mereka menyediakan dua pakej yang dikenali sebagai Santapan Mubarak dan Santapan Barokah.

pilihan berbuka puasa

Pakej Santapan Barokah memang disediakan khusus untuk pelanggan yang mementingkan privasi untuk bersama ahli keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan dalam satu meja. Sebanyak lima jenis sajian khas disediakan untuk pakej itu.

Bagaimanapun, bagi set Santapan Barokah, Chef Sous Dorsett Grand Subang, Cef Shahbani Md Akhir bersama pasukannya sudah bersiap sedia untuk memasak pelbagai jenis hidangan seperti sup gear box,

Nasi Mandy Kambing, sup ayam herba Cina, nasi beriani, ayam goreng berempah, bubur chacha dan kuih-muih.

Rasanya memang tidak rugi jika anda membawa orang tersayang ke sini.

pilihan berbuka puasa

Iklan

Santapan Mubarak & Santapan Barokah Dorsett Grand Subang

  • Alamat: Jalan SS 12/1, Ss 12, Subang Jaya, Selangor
  • Waktu: 6.30 petang hingga 10.30 malam
  • Tarikh: 16 April hingga 12 Mei 2021
  • Menu signatur: Sup gear box dan Nasi Mandy Kambing
  • Harga: Bermula RM78 hingga RM98 (dewasa) dan RM68 hingga RM88 (warga emas, 60 tahun ke atas) dan kanak-kanak, 6 tahun hingga 12 tahun)

7 santapan mewah buka puasa

PADA Ramadan kali ini, Casa De Madani yang terletak di Malakat Mall, Cyberjaya menjanjikan sesuatu yang sangat istimewa.

Cef-cef di sana nampaknya bakal bertungkus-lumus pada setiap hari untuk menyediakan tujuh menu mewah berasaskan daging dalam Santapan Sepurnama Casa De Madani.

pilihan berbuka puasa

Ia terdiri daripada Aussie Braised Lamb Shank, Smoked Duck with Purple Mash, Pan Search Wagyu MB5 with Orange Sweet Potato, Rack of Lamb with Purple Carrots dan Lobster Thermidor with duo Spaghettini Aglio Olio.

Iklan

Selain itu, terdapat Pan Search Wagyu MB7 with Roast Japanese Sweet Potato dan Oven Baked Aromatic Chilean Cod Fish with Mango Chutney.

Hanya dengan membayar pada harga yang berbaloi, para pelanggan boleh menikmati segala jenis makanan seperti kuih-muih, kek, coklat, aiskrim, buah-buahan dan variasi minuman.

Sebagai tambah nilai, pihak Casa De Madani juga menyediakan hidangan bubur lambuk menggunakan daging wagyu yang enak dan kambing bakar. Wah, memang terliur dibuatnya!

pilihan berbuka puasa

Santapan Sepurnama Casa De Madani

  • Alamat: Level 2, Malakat Mall, Cyberjaya, Selangor
  • Waktu: 6.30 petang hingga 10.30 malam
  • Tarikh: 13 April hingga 12 Mei 2021
  • Menu signatur: Pan Search Wagyu MB7 with Roast Japanese Sweet Potato dan Oven Baked Aromatic Chilean Cod Fish with Mango Chutney
  • Harga: Bermula RM130 hingga RM240 (dewasa), RM50 (kanak-kanak, 6 tahun hingga 12 tahun)