MEMANG rugi! Itu perkataan untuk mereka yang sengaja melepaskan peluang mencuba lebih 40 variasi pencuci mulut hipster di kafe Mykori Dessert yang mempunyai 85 cawangan di seluruh negara.

Premis paling luas terletak di Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.

Berdasarkan carian, ramai yang mendambakan untuk mencuba terlebih dahulu menu signaturnya iaitu roti bakar pisang coklat.

Percayalah, melihat persembahan kulinari itu di atas pinggan, sudah cukup menggiurkan.

Seperti pelanggan lain, jangan lupa berselfie dengan makanan itu sebelum menjamahnya.

Sememangnya, pemilik kafe yang bijak menyusun atur dekorasi premisnya yang menarik itu telah mengolah gabungan buah-buahan segar dalam setiap pencuci mulutnya dengan ilham tersendiri.

kafe hispter

Kenko Kakigori misalnya antara menu pilihan terbaik. Di sebalik ais kisar yang ‘menggunung‘, ia turut dilapisi buah-buahan seperti strawberi. Menariknya lagi, pelanggan boleh menjadi lebih kreatif dengan mempelbagaikannya dengan tiga bijirin kegemaran. Antaranya badam, biji bunga matahari atau biji labu panggang.

Seperti kata seorang pelanggan melalui laman Twitter: “Hari ini, pertama kali saya datang ke kafe Mykori Dessert dan ini barulah dinamakan ais kisar! Paling best setakat ini.“

Turut disyorkan ialah Melon Kakigori yang menampilkan buah tembikai kuning yang dijadikan bekas unik mengisi ais kisar dan timbunan bebola buah yang cukup melengkapkan selera dan mengenyangkan.

Jika pelanggan membawa pasangan atau anak-anak, apa kata salah seorang daripada mereka memilih Mount Fuji Kakigori yang diperbuat daripada ais yogurt yang dilapisi krim arang yang turut diisi dengan hirisan buah strawberi dan mangga segar.

Kepada yang mementingkan kesihatan, seleksi pencuci mulut seperti Strawberry Yogurt Kakigori yang menggabungkan ais kisar dengan yogurt atau susu ditambah dengan buahan segar dan bijirin mahupun kekacang merupakan idea yang baik.

Pengasas MyKori Dessert, Jason Ong berkata, penyediaan pelbagai menu di kafenya sebenarnya adalah ilham pencuci mulut ikonik di Jepun pada abad ke-21.

“Persembahan pada setiap hiasan memang dititikberatkan bagi memastikan pelanggan berasa puas dan ingin berkunjung sekali lagi ke sini,“ katanya yang membuka kafe yang menjadi kegemaran remaja masa kini sejak tahun 2016.

kafe hispter

Berkongsi misinya, pemuda berusia 29 tahun itu berkata, pihaknya optimis untuk membuka beberapa kafe lagi antaranya di Sabah dan Sarawak.

“Sasaran kami ingin mencapai 100 cawangan sehingga hujung tahun ini. Saya mahu kongsikan keunikan sajian di Mykori Dessert. Semestinya, ‘senjata‘ utama kami yang juga pilihan ramai iaitu krim arang.

“Ramai pelanggan berkata, mereka sukakan perisa itu dan akan teringat-ingat walau sudah berhari-hari menikmatinya.

“Banyak lagi perisa baharu akan diperkenalkan demi memastikan jenama MyKori terus utuh dalam industri makanan negara dan yang paling penting, ia menepati cita rasa orang Malaysia,“ katanya.

Iklan

MYKORI DESERT

  • Alamat: Lokasi 85 autlet (boleh layari www.mykori.my)
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 11 malam (bergantung kepada cawangan)
  • Menu signatur: Mount Fuji Kakigori dan roti bakar pisang coklat
  • Harga: Bermula RM6 hingga RM26
  • Facebook: Mykōri Dessert Cafe
  • Instagram: @mykoridessertcafe

SELAIN manisan dalam bentuk bebola ais, barangkali peminat pencuci mulut boleh mempertimbangkan tiga lagi destinasi yang menyediakan menu signatur yang unik.

Jika Mykori Desser terkenal dengan keunikan krim arang, ada satu lagi port menarik di Melaka yang menjanjikan ledakan coklat dalam setiap sajiannya.

Di Ipoh, Perak pula, terdapat premis yang dikenali sebagai Hokkaido Puff yang boleh membuatkan pelanggan ‘sedikit gila‘ tatkala merasai kepadatan rasa dan aroma durian yang lazat.

Bagi peminat kek dan pastri, jom singgah ke Sorella Cafe yang terkenal dengan air tangan tersendiri mereka. Berikut SinarPlus perincikan butiran lengkap jika pembaca mahu singgah di ketiga-tiga destinasi yang dicadangkan:

truly cafe

Iklan

TRULY TWO CAFE

  • Alamat: No 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Seksyen IV, Bukit Baru, Melaka
  • Waktu operasi: 1 tengah hari – 9.30 malam (Selasa-Ahad), 2.30 petang – 9.30 malam (Setiap Jumaat) dan tutup setiap Isnin
  • Sajian signatur: San Marco Nutella Pizza dan Belgian Waffle Tower Flooded with Callebaut Dark ChocHarga:
  • RM12 hingga RM20
  • Facebook: Truly Two Cafe
  • Instagram: @trulytwocafe.my

sorella cafe

SORELLA CAFE

  • Alamat: 48, Jalan Indah 28/1, Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang
  • Sajian signatur: Kek tiramisu, Kori Lemon Tart dan Lychee Rose Almond
  • Harga: Bermula RM75 hingga RM109
  • Facebook: Sorella Cafe
  • Instagram: @sorellacafe

puff ipoh

HOKKAIDO ICE CREAM PUFF IPOH

  • Alamat: 36, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 7.15 malam
  • Sajian signatur: Durian Ice Cream Puff dan Choc‘ O Chip Ice Cream PuffHarga: RM4.30 sehingga RM5.30
  • Facebook: Hokkaido Icecream Puff Ipoh
  • Instagram: @ilovehicpipoh