LOK LOK merupakan salah satu makanan jalanan (street food) yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Tionghua di Malaysia termasuk penduduk Selatan Thailand.

Bagi sesetengah orang, lok lok juga dipanggil sebagai sate celup atau ‘cucuk-cucuk’. Di Malaysia, ia boleh dicari di merata-merata tempat terutamanya di Johor yang pernah viral satu ketika dulu.

Jika pembaca SinarPlus menetap di Lembah Klang, kami mencadangkan agar anda menghalakan stereng ke Bookworm Cafe & Lok Lok yang terletak di Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, Selangor.

lok lok

Premis berkenaan menyajikan lebih 80 jenis lok lok dengan pilihan 14 jenis sos dan sambal. Sebatang lok lok dijual pada harga 90 sen.

Selain bebola ikan dan kepingan kek ikan, premis berkenaan turut menyediakan pelbagai jenis daging, isi ayam, sayur-sayuran segar seperti brokoli, kobis, tempe, bebola ikan, sosej dan variasi makanan laut yang lain.

Menurut Pengurus Bookworm Cafe & Lok Lok, Muhammad Safwan Saleh Hudin, pihaknya berasa gembira apabila konsep makanan yang diketengahkan mendapat sambutan luar biasa sejak dibuka pada September lalu.

lok lok

“Lazimnya, kita akan makan lok-lok yang dimasak atau direbus di kebanyakan tempat, namun di Bookworm Cafe & Lok Lok, kami bawakan rasa yang lebih rangup kerana digoreng dan dibakar sebelum dicelup dengan sos pilihan.

lok lok

“Setiap lok-lok akan disalut dengan ramuan tepung istimewa membuatkan rasanya sedap dan rangup. Kami sediakan tiga perisa iaitu asli, pedas dan keju. Sesiapa yang pernah menikmatinya, pasti akan kembali untuk sesi kedua dan seterusnya,” ujarnya kepada SinarPlus.

lok lok

Bercerita mengenai sos dan sambal pula, pemuda berusia 22 tahun itu teruja menceritakan kelainan sos dan sambal yang disediakan.

“Pilihan sambal yang paling laris adalah sambal ayam penyet. Selain itu kami juga mempunyai variasi sos lain seperti sos wasabi, thai manis, bawang putih, tomato, plum, cili, thousand island dan banyak lagi,” katanya.

lok lok

Muhammad Safwan menambah, sedikit masa lagi, restorannya bakal memperkenalkan set nasi lok out.

“Konsepnya seperti shell out tetapi kita guna lok lok yang digoreng dan dibakar, digaul dengan tiga pilihan kuah iaitu butter milk, teriyaki dan kari,” katanya.

Bookworm Cafe & Lok Lok

Iklan
  • Alamat: 46, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 12 malam
  • Harga: Bermula 90 sen
  • Facebook: Bookworm Cafe & Lok Lok
  • Instagram: @bookwormcafeloklok

Selain di Bookworm Cafe & Lok Lok, makanan itu yang menjadi viral beberapa tahun lalu memberi idea kepada peniaga lain mengusahakan bisnes serupa.

Namun, tidak semua premis mampu menyediakan servis yang baik. Pun demikian, SinarPlus memiliki beberapa lokasi yang barangkali membuat anda tersenyum selepas menikmati sajian itu. Jom singgah jika anda berkesempatan.

lok lok

Mr Lok Lok

  • Alamat: Jalan Lembah 18, Bandar Baru Seri Alam, Masai, Johor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 12 malam dan 12 tengah hari hingga 1 pagi (hujung minggu)
  • Harga: Bermula 80 sen
  • Facebook: Mr LokLok
  • Instagram: @mrloklokjb

lok lok

Iklan

Just Lok Lok

  • Alamat: B5 Johor Street Market, Johor Bahru.
  • Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Rabu) dan 11.30 pagi hingga 12 malam (Khamis hingga Ahad)
  • Harga: RM1
  • Facebook: Just LokLok
  • Instagram: @justloklok

lok lok

Lok Lok Medan Selera Padang Brown

  • Alamat: Jalan Perak, George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 5.30 petang hingga 11.30 malam
  • Facebook: Padang Brown

lok lok

Budak Lok Lok

  • Alamat: 7, Jalan Teluk Pulai, Taman Teluk Pulai, Klang, Selangor
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 10 malam
  • Harga: Bermula RM1.50
  • Facebook: Budak Lok Lok
  • Instagram: @budakloklok