MENGGUNAKAN 25 buah dapur arang untuk memasak pelbagai seleksi menu berasaskan mi segera sudah cukup menarik orang ramai untuk bertandang ke Kedai Megi Dapur Arang Jijo yang diusahakan pasangan suami isteri, Wan Ahmad Faizul Wan Ahmad Azhar, 30, dan Nur Shella Abdullah, 28.

Premis yang terletak di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu itu cukup terkenal dengan hidangan signaturnya, Megi Nyior Muda.

Berkongsi keunikan tersebut, Nur Shella memberitahu, sajian yang diperkenalkan suaminya itu menjadi menu wajib untuk dipesan.

“Kami cuba membawakan kelainan dengan memperkenalkan kelapa muda sebagai bahan tambahan dalam mi segera kami. Selain itu, Mi Segera Dapur Arang pun tidak kurang hebatnya.

megi

“Gabungan rasa mi dengan air kelapa muda memang enak dan cukup serasi lebih-lebih lagi dengan isi udang, ketam atau sotong. Aroma hidangan pun lebih wangi dan menyelerakan,” katanya.

Tidak hanya sajian mi segera dengan air kelapa muda, inovasi kulinari Megi Segera Buluh yang dibakar menggunakan arang juga turut menarik minat ramai.

“Megi Segera Buluh pun ramai suka. Boleh dikatakan aroma mi segera yang dimasak dalam buluh juga lebih wangi dan rasanya pun berbeza. Untuk menu ini, tempahan hanya terhad kepada 100 hidangan sahaja setiap hari.

megi

“Ini kerana masakan ini perlu dimasak selama lebih kurang 25 minit dan bergantung juga dengan bekalan buluh,” katanya.

Jangan tidak percaya, sajian popular di premis berkenaan dijual pada harga RM3 sahaja.

“Caj tambahan pula hanya bermula RM6 dengan pilihan isi lauk yang dimasak asing seperti sotong dan ketam. Jika mahu bubuh udang kara, pelbagai jenis ikan atau telur sahaja pun boleh, ikut selera masing-masing,” katanya.

Baca juga Ibarat berada dalam dunia komik, kafe 2D penuh ilusi bikin ramai teruja

megi

Sekiranya Mi Segera Buluh habis terjual, pelanggan tidak perlu susah hati kerana terdapat banyak sajian lain yang disediakan seperti Megi Janda Anak Ramai.

Memang bunyinya agak lucu, namun kata Nur Shella, itu antara masakan yang paling dicari-cari pelanggan kerana porsinya yang cukup besar dan sesuai dinikmati bersama keluarga.

Baca juga Kafe viral dalam kebun, 5 lokasi sajikan menu signatur unik segar dari ladang

megi

“Bagi saya, menu bersaiz jumbo ini memang sesuai dinikmati untuk empat hingga lima orang dan harganya bermula RM40 hingga RM50 semangkuk dengan limpahan udang galah, ketam, sotong, kepah dan lala,” katanya.

Kedai Megi Dapur Arang Jijo

  • Alamat: 26, Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam
  • Harga: Bermula RM3 hingga RM50
  • Facebook: Megi dapur arang jijo
  • Instagram: @megidapur

megi

Ramai kata, kalau lapar, makan mi segera pun sedap! Namun, keenakan itu akan ‘menjadi-jadi’ kalau mi berkenaan ditambah dengan isi udang, ketam, sotong dan lala lagi menaikkan selera.

Iklan

Apa yang dilakukan oleh pengusaha Kedai Megi Dapur Arang Jijo di Hulu Terengganu, Terengganu itu memang kreatif.

Baca juga Stail warung orang dulu-dulu, 5 kafe unik wajib diserbu peminat kopi

Dengan hanya mempelbagaikan teknik masakan cara tradisional, perniagaannya sekelip mata menjadi viral.

Hasil carian SinarPlus mendapati, terdapat beberapa premis lain yang turut menawarkan menu berasaskan mi segera, namun dengan gaya masakan berbeza. Antaranya seperti:

megi

Megi Ketam Nipah

  • Alamat: Jalan Teluk Yu, Kampung Kelubi, Kubang Badak, Pulau Langkawi, Kedah
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 8 malam
  • Harga: Bermula RM20
  • Facebook: Crab Farm Langkawi
  • Instagram: @crabfarmlangkawi

megi

Iklan

Maggi Ketam D’Syaz

  • Alamat: Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Badang, Kelantan
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 11.30 malam
  • Harga: Bermula RM25
  • Facebook: D’Syaz Cafe Maggi Ketam

megi

Maggi Ketam Power

  • Alamat: Lot 264, Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman Luar, Batu 13, Puchong, Selangor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam
  • Harga: Bermula RM15
  • Facebook: Restoran Maggie Ketam Power

megi

Megi Asam Pedas Ayam

  • Alamat: Megi Station by Chef Ashiqin Sadikun, Jalan Tasik Ayer Keroh, Ayer Keroh, Melaka
  • Waktu operasi: 4 petang hingga 1 pagi
  • Harga: Bermula RM4
  • Facebook: Ley Park Station

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan