MEMANG susah nak cari air katira kalau bukan dalam bulan Ramadan sebabnya air katira ini amat sinonim dengan bazar Ramadan.

Namun, pada tahun ini bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi, jadi yang kempunan air katira untuk berbuka puasa pasti tidak senang duduk.

Ada yang berpendapat susah nak buat air katira sendiri melainkan beli di kedai, jangan risau kerana sekarang anda boleh cuba resipi air katira express yang mudah untuk Ramadan kali ini.

Bahan-bahan:

  • Pewarna minuman berperisa tebu
  • Susu pekat manis
  • Chia seed / biji selasih
  • Cincau

KATIRA

Cara penyediaan:

Iklan
  1. Pertama sekali, masukkan perasa tebu ikut banyak mana bancuhan yang anda buat. Seterusnya masukkan cincau.
  2. Anda boleh guna cincau asli atau nak mudah guna cincau dalam tin yang dijual di kedai. Tapis cincau sebab kita nak guna cincau dia sahaja.
  3. Seterusnya, tambahkan chia seed ataupun biji selasih. Akhir sekali, masukkan susu pekat manis secukup rasa dan juga air serta ais.

KATIRA

Resipi ini memang ekspres dan simple saja. Boleh berjimat dan buat banyak-banyak untuk sekeluarga minum.

Iklan

Resipi ini mungkin tidak ada menggunakan bahan yang susah untuk dicari jadi anda boleh cuba pada bila bila masa!

Sumber: Fb Sheila Fendy/DapurmadamKelly
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif