AYAM antara menu yang menjadi kegemaran sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.

Tidak kira dimasak gulai, dibakar atau digoreng, kalau kena dengan cita rasa, memang tiada siapa pun akan menolak untuk menikmatinya.

Haa…bagi para ibu atau anda yang buntu tak tahu nak masak menu apa, apa kata mencuba resipi Ayam Goreng Pandan.

Mungkin dengan sajian itu, dalam ‘membeli’ jiwa anak-anak, suami ataupun rakan taulan termasuk saudara mara.

SinarPlus pada kali ini akan berkongsi teknik masakan Ayam Goreng Pandan yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial Facebook, Khadeejah Ismail.

Ujar Khadeejah, hidangan itu sesuai dimakan bersama nasi dan enak juga diratah begitu sahaja.

Baca juga: Mudah disediakan, resipi ayam masak Thai ringkas pasti sekeluarga berselera

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan

– 1 kilogram ayam
– 5 ulas bawang putih
– 6 inci halia
– 5 batang serai
– 2 sudu kecil serbuk kunyit
– 1 sudu besar rempah sup
– 2 sudu besar sos tiram
– 2 sudu besar kicap manis
– 2 sudu besar gula
– Garam secukup rasa
– Serbuk perasa
– Daun pandan secukupnya

Cara penyediaan:

Iklan

1. Kisar bawang putih, halia dan serai sehingga halus.
2. Masukkan garam, kicap manis, sos triam, gula, serbuk perasa, rempah sup, serbuk kunyit dan bahan yang dikisar, kemudian gaul rata bersama ayam.
3. Perap selama sejam hingga ke dua jam.
4. Usai perap, balut ayam dengan menggunakan daun pandan dan cucuk menggunakan lidi agar balutan tidak terbuka.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Perghhh… rasa terliur pula membayangkan Ayam Goreng Pandan yang siap dihidangkan di atas pinggan.

Rasanya macam tak susah nak buat. Kalau ada daun pandan, semuanya akan menjadi.

Lagi satu, bahan-bahan yang digunakan juga kebanyakan sudah tersedia di rumah.

Iklan

SinarPlus gerenti, anak-anak pasti menyukai hidangan itu. Selamat mencuba!

Baca juga: Ringkas tapi enak, ayam sos tiram wajib dicuba

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.